fish

Tuesday, 26 August 2014

Mengenal Allah kuliah Magrib 26Aug. Utz Alif Solehin

SampurnKan  2 tuntutan 1) mengenal Allah 2) mencintai Allah. Kita mesti mengenal Allah didunai nanti Allah akan mengenali kita di akhirat. Tanda mengenai dan mencintai Allah mula2 dengan cintai ibadat. Berizlah dan mengzahirkan cinta pada Allha dan kekasih Allah. Kita mezfi ushaka mencintai kekasih2 Allah dan para sahabat dan ulama.-belajar tentang mereka riwayat kehidupan mereka.

Sunday, 24 August 2014

4 perkara asas..menuju Allah. Kuliah magrib 24 Aug 2014

Kaitan Ramadhan dan syawal...Jangan jadika diri kita hipokerit. Perlu ada
4 perkara asas perjalanan kita kembali kepada Allah1)Istiqamah: Melakukan sesuatu secara berterusan setiap amalan aktiviti amalan berterusan dan konsisten. Erti istiqamah ia.melakukan sesuatu amal ikhlas bukan disebabkan orang . Kita mampu meneruskan melakukan amal soleh walaupun bersendirian atau secara sembunyi2an.  2) selepas syawal masuk bulan zulqaedah-- maknanya bulan umat menginsafi dan kembali menemui Allah. Jiwa yg dtg menemui Allah dtglah dgn penuh perasaan .tanamkan azam dan mohonlah, munajatlah kepada Allah. Bulan ini peluang utk membersih hati .kata nabi barang siapa melakukan haji mengikut peraturan2nya dan tidak melakukan sesuatu yg menyalahi, dia akan balik seperti bayi dan bersih segala2nya. Sesiapa yg akan pergi keMekah ..bersihkan hati, jangan berbelah bagi berdolak balik. Pergi dgn harta yg halal. 3) Dalam kita beragama apakah sendi kekuatannya...fisikal -badan wajah harta benda -lihatlah pasti kita makin lama kadarnya makin menurun dan aka hilang dengan mudah dan pasti satu masa khasnya tua akan hilang. Tunjang sendi kekuatan kita sebenarnya pada.ilmu agama yg kita cari,  pelajari dan amalkan. Hadis nabi "Jadilah kamu orang alim atau org yg mengajar ilmu atau belajar ilmu atau suka /mendengar  pada majlis ilmu dan janganlah kamu jadi gulungan ke 5 yg tak pengajar, tak belajar dan tak juga suka mendengar majlis ilmu...". Saorang ayah ibu bertanggung jawab memberi dan mengajar ilmu kpda anak anaknya. Dgn ilmulah kekuatan yg abadi. Allah akan mengangkat darjat org yg berilmu.ilmu menjadikan hati kita bercahaya. 4) Konsisten sayangkan islam menebal sampai bila2. Ambil berat , ambil kesah tentang islam.Barang siapa yg tidak ambil berat dan tak peduli tentang islam dan perihal orang2 islam ; Dia bukan islam yang sebenar.

Thursday, 21 August 2014

Doa hari jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ceramah khas 21 Aug Utz Khairul Tgganu

Katq Syaiful Islam saorang ulama....sebenarnya apabila kita buat dosa dqn maksiat kita menganyaai diri kita sendiri. Katakan kpd hamba ku yg buat kesilapan..Jangan putus asa dpam meminta keampunan. Hanya Allah saja yg boleh mengampun semua dosa. Hendaklah kamu segera minta ampun bertaubat diatas kesalahan dan keterlanjuran kita. 2) Minta ampun dgn sering mengucap "istigffar ...astagfirullah. janji Allah sesiapa yg minta taubat 1) azab tidak dtg segera 2)setiap yg minta ampun ia satu kenikmatan yg amat sangat 3) Allah menurunkan rezeki meningkatkan harta dan banyakkan zuriat. .....Nak hapuskan dosa ..hadis majlis ilmu, jumpa para ulama, doa masa sahur , bangun tengah malam.

Friday, 15 August 2014

Kuliah subuh Utz Dr Habib Mat Som

Dalam kehidupan kita ini usahakan lah dan doalah untuk dapat reda Allah dan syurga. Zikir dan ingatlah Allah setiap masa samada lapang atau sibuk siang dan malam. Erti Allah reda kepada manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada manusia.Nikmat paling besar di syurga adalah dapat memandand atau melihat Allah swt. "Pandanglah dan lihatlah ibu bapa anda dengan pandangan sayang dan belas".  Ahli syurga mendapat 3 hadiah dari Allah 1) suatu yg indah kesenangan yg tak pernah terbayang dan terdengar 2) salam dari Allah ) aallh redaa padanya..itulah yg lebih besar dan Keuntungan yg Sempurna. Nabi Saw bertanya sahabat "apa bukti kamu beriman".  1.Sabar bila ditimpa bala  2. Bersyukur 3. Reda". Kita perlu banyak mujahadah.pada dirinya dan banyak bersyukur. Pesanan imam Ghazali "Jangan latih anak2 kita dengan kesombongan kebendaan dan kekayaan". Sesiapa yg rela dgn rezeki yg sedikit , melakukan apa yg Allah reda ,Allah reda dgn nya, bahagialah hidupnya. Ingatlah apabila Allah reda pada kita, kita akan diuji.

Monday, 11 August 2014

Husnulhatimah

Sesiapa yg berpuasa dan bersedekah kerana mengharap melihat wajah Allah. Dia  akan melihat wajah Allah. Perlu merancanakan Husnul hatimah -buat sesuatu niat kerana Allah 1) solat puasa zakat 2) dlm ikhram 3) sabar dan mati di madinah -wajib safaat 4) solat dan dpt taqbir pertama takbiratulikhram 40 hari.
5) akhor puasa dgn puasa.
Nak dpt husnul fatimah....
Doa selalu ..dan solat jemaah dlm takbir pertama.
Rencanakan taubat dan wasiat sblm mati.

Sunday, 10 August 2014

Ingatlah...

SINGA,TIKUS,ULAR DAN LEBAH MADU

Suatu malam seorabg lelaki bermimpi, didalam mimpinya seekor singa mengejarnya.lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar.tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi..dia memandang ke bawah..singa tidak berganjak menantinya di bawah pokok itu..

Kemudian lelaki itu menoleh kesebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus...seekor putih dan seekor hitam.sedang mengelilingi  dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut.pasti! Tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh.Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling kebawah,bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya.ular itu benar2 berada di bawah tempatnya duduk...andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan terus masuk ke dalam mulut ular.

Didalam kegelisahannya ria memandang keatas,mencari kalau2 ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut.Tiba- tiba dia terpandang dahan diatas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan madunya.Beberapa tetes madu menitis dari sarang itu,lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu.Dijelirnya lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menetes dari sarang lebah itu.

Wau,sedap! Hatinya berbunga riang.dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu,semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya...

Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk.pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya dibawah.tiba- tiba dahan tempat duduknya patah.pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya .lelaki itu terjaga dari tidurnya...

Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya.Orang alim itu berkata " singa itu adalah kematian kamu.ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi.Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam.Hitam adalah malam.putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian.Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu.kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu di kebumikan.

Manakala sarang lebah itu adalah dunia n kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia.kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan.Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi.Akhirnya kita hanyut didalam kemewahan serta kemanisan dunia.Kita lupa tentang masa yang berputar,kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil...

Jadikan cerita ini peringatan n iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik...carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemunya ...

Tak salah andai kita ingat mengingati... agar ia boleh menjadi panduan dan peringatan bersama...

Saturday, 9 August 2014

Kuloah subuh utz syukor 100814

Kita dalam kesibukan rumah terbuka raya tapi jgn lupa habiskan puasa 6 shawal.Bangsa bukannya jaminan kemuliaan disisi Allah melainkan Takwa-amal soleh. Org yg suka buat amal soleh itu adalah sifat orang mukmin. Islam bukan ugama perkauman atau kesukuan. Contoh bilal bin rabah. Salman Al parasi-paglima perang. Shuib alrumi org rom-panglima perang.islam menyuruh berkasih sayang. Sayangi sdr kita sebagaimana kita sayang diri sendiri. Salah satu sbb Doa kita tak makbul sbb kita membuka keaibkan org lain. Bandingqn hubungan org mukmin ibarat anggota satu tubuh. Prpaduan s3benar atas dasar tauhid.

Friday, 8 August 2014

Utz Dr Roslan UM 9Aug 2014

Surah Al Hasr: Berkenanan pengusiran kaum Yahudi.kaum yahudi disebut banyak kali dalam alquran. Malah dalam alquran 2/3 dari al baqarah tentang yahudi. Israeil itu nama lain nabi yaakob. Dari keturunan nabi yaakob adalah yahudi dqn zionis. Al Isra #4.."bani keturunan israel akan buat kerosakan 2 kali". Dalam sejarah bani israel pernah bunuh 70 nabi dalam masa satu hari.
Bani israel juga telah sembelih Nabi yaakob dan gergaji nabi zakaria. Kaum bani yahudi di madinah qainuqak dan bani nadir.bila nabi Muhamad datang ke Madinah telah buat perjanjian dengan nabi org islam tapi telah melanggar perjanjian tak sampai 1 tahun. Buku "keluarga Soud dari mana-" orang yahudi. Diakhir zaman yahudi akan dibunuh satu persatu hanya satu Pokok Ghaiqah akan menyembunyikan kaum yahudi. Puncha utama kerana pemerintah Saudi telah tidak menyokong perjuangan islam.

Monday, 4 August 2014

Just Do It

P R O B L E M S
S O L V I N G
T E C H N I Q U E S

JUST DO IT

INGIN BAHAGIA?
SOLATLAH DI AWAL WAKTU.

INGIN SIHAT?
BERPUASALAH.

INGIN DIPERMUDAHKAN URUSAN?
BACALAH AL-QURAN

INGIN WAJAH BERSERI?
JAGA SOLAT TAHAJUD

INGIN KAYA?
SOLAT DHUHA

DIHIMPIT MASAALAH?
BERISTIGHFARLAH..

BERASA DUKACITA?
BERDOALAH

MAHUKAN KEBERKATAN?
BERSELAWATLAH

AMALKAN & SEBARKAN 

Yang membaca tak untung
Yang bercakap pun tak untung
Yang mendengar pun tak untung

Y A N G. U N T U N G
O R A N G  Y A N G
M E M P R A K T I K K A N N Y A

Saturday, 2 August 2014

Kuliah subuh utz dr shafie md amin

Sebutlah "Auzubillahiminazsyaitannirajim bismillahirahman nirahim" hanya 2 perkataan ini dapat menguatkan keazaman ďiri untuk taat kpd Allah. Hari2 kita akan diganggu oleh syaitan. Firman Allah kita tidak akan mampu melawan syaitan melainkan dgn bantuqn Allah. Kenapa kita minta berlindung dgn syaitan sbb ia menunjukkan kiga sangat lemah. Sebutlah 2 perkataan itu setiap hari ..surah yunus #62 "sesungguhnya kekasih Allah (wali) Tidak mempunyai 2 sifat 1) bimbang 2) kesal. Mereka orang yg sayang atau yakin pada Allah  dan bersungguh2 taat pd Allah. Its perlu mahir dan berazam belajar al quran dan hadis. Allah amat kasih pada hambanya dia. Berazamlah dan usahalah utk meyelamatkan diri kita dan taat kpd Allah. Allah akan bantu. Amal hanya diterima dari org yang bertakwa. Azam utk berusaha utk memahami alquran apabila membaca dan belajar alquran utk memenuhi objektif belajar alquran.
Bimbang sebab..sbb kita selalu fikir hal2 lain dan future times. Orang yg beriman sentiasa letakkan diri dan permikiran pada masa dan tempat 'sekarang'=ksysuk=put ourself in present time. Dari itu jika fikiran kita melayang dalam solat bacalah auzubillahiminas syaitannirajim. Allah akan bantu kekasihnya jika berazam dan usaha sungguh2 bermula masa sekarang!. Ingatlah bila kita bimbang-worry kita jadi lemah dan tak produktif
Allah nilai kita pada usaha bukan pencapaian...kerja kita mesti ikut peraturan Allah. Amal soleh punca rezeki -harta dan anak2 yg cukup. Ingatlah jika ada rezeki yg banyak..kita akan ditanya dgn diseksa dgnnya surah taubah ayat 55. Ingatlah sepatutnya kita gunakan  harta sebagai hamba utk taat kld Allah. Bukan kita jadi hamba pada harta.
#org yg paling tinggi pandai disisi Allah adalah orang yang takwa.org yg  takwa dapat  1. Berita Gembira atau bahagia (hapiness)..selalunya kita define bahagia pada pandanagan manusia apabila keadaan itu mengikut kehendak sendiri. Seperti wang dan harta sedangkan kita belum pasti dan tak mungkin Mendapatnya setiap hari.ie. impossible. Tetapi Allah tak suka orang yg cari 'gembira'tetapi Allah suruh kita cari 'Ketenangan -Sakinah". Beza bahagia dan sakinah Surah 57 haddid ayat 22 dan 23....sakinnatul boleh dapat tiap2 masa sedangkan bahagia definisi manusia tak mungkin boleh dapat setiap masa. Sebutlah jika ditimpa mushibah dgn sebutan Alhamdullilah saya berazam utk buat lebih baik. Ingat jgn terlalu suka dan terlalu sedih. Kita akan hari2 diuji Allah. Yang paling penting mi ta. Ya Allah berika kurniaan kpd aku dan lindungi dari syaitan dari kurianan Mu. Jumpa org doa minta hidayat kpd mereka..sembuhkan dan keselamatan mereka tiap2 hari

Saturday, 26 July 2014

Kuliah subuh 270714 Utz Syukor Kg Jawa

Kemulian itu milim Allah dan rasulnya dan juga orang2 mukminin. Apakah perasaan kita apabila sampai kepehujung bulan Ramadhan.Nabi dan sahabatnya terasa amat sedih.Allah menjadikan bulan Ramadhan kerana kasih dan rahmatnya pada hambanya dan beri peluang untuk bertaubat dan meningkatkan amal dan masuk syurga. Keistemawaan orang bertaqwa apabila dia memandang Allah dan Allah memandang nya. Janganlah jadi kimpulan ke2..Allah tidak memandang mereka dan dosa tidak terampun dan dibumban keneraka.

Saturday, 19 July 2014

Kuliah subuh 20 july 2014 utz fairuz shah

Bulan Ramadhan adalah bulan al Quran. Paling banyak ayat2 alquran ditutunkan pada bulan Ramadhan. Rahmat dan keampunan dan kesangan Allah pada umat Muhammad dibuan ramadan 70 x ganda ganjaran; sunat diganjarkan wajib, dibuka pintu2 syurga, ditutup pintu neraka, mulut bau kasturi, dan dituru kan al qadr malam yg ganjarannya lebih baik dari 1000bulan. Yg takutnya-ada orang hatinya dihijab, ditutup, sombong takabur dan lupa berserah kpd Allah. Paling takut zahir dan batin dihijab Allah. Kata imam Ghazali untuk mendapat kemanisan dan dibuka hijab. Ada 3 pertanda Allah telah buka hijab 1) khazab kalbi-hati kita suka membuat baik , bersangka baik atas ketentuan Allah. bersangka baik kpd makhluk-manusia, binatang dan alam. Para ulama paling takut jika Allah tutupkan hijab hati tidak ikhlas. Paling utama bersihkan hati sebelum amal. 2) khasaz shamie- Allah membuka hijab mengenai pendengaran. Allah memilih mendengar perkara2 kebaikan -kuliah. Menuntut ilmu-kuliah taskirah -Mendahului yg wajib dari yg sunat. Allah permudahkan me dengar ayat2 al quran. 3) khasad basari-Allah memudahkan dan hijabkan dia memandang perkara2 yg haram. Dan buka pandangan kebaikan, dapat pandang ulama.suka pada orang2 yg buat kebaikan. Suka tenguk isteri/suami dan anak2 dengan pandangan rasa suka dan sayang. Sepintar2 manusia adalah saorang yg sentiasa ingat mati dan berusaha mendapat kecenderungan dari Allah bukannya manusia.

Friday, 18 July 2014

Kuliah subuh 210714 utz Habib MatSom

Sifat manusia sememang suka pada harta, wanita, anak isteri dan kenderaan. Surah Al Imran ada menyatakan hal tersebut, tetapi ayat yang mengikutinya..Allah berfirman mahukah aku khabarkan akan benda yang lebih baik dari itu bagi orang yang bertakwa iaitu Syurga Allah-kekal selama2nya diberi nikmat yg tak jemu2 isteri2 yg suci sungai2 yg menenangkan muda. Orang yang bertaqwa-org yg beriman berdoa dan berkata ya Allah kami telah beriman .sifat org taqwa banyak pohon ampun dan tak kedekut berdoa. Banyak bersabar dlam menjujung perintah Allah. Bersabar dalam bersedekah. Syaitan menjanjikan kefakiran Allah menjanjikan makfirah. Bersabar dalam mencari ilmu.Al Quran 1. Pentunjuk 2. Penerangan- 3. Pemisah dari yg hak dan batil.kita guna dan ikut petunjuk Gps KenPa tak alquran. Ingatlah ketika kita berjuang menjalani ibadat puasa-ingatlah bulan ramadhan jugalah nabi berperang badar. Al fateh menakluki constantinapole dan salihudin menakluki palestin.

Saturday, 12 July 2014

Kuliah subuh 130416 MJAR Dr Lokman

Alhamdullilah syukur kita berada dibulan Ramadan yang barakah dan ganjaran berganda. Besarnya dan tingginya darjat Ramadan Allah sebutnya secara khusus didalam Al Quran. Hakikatnya solat terawih sebahagian daripada solat qiam malam. Juga solat terawih tiada batasan rakaatnya. Cubalah perhatikan sifat solat rasullulah.kyusu dan panjangnya solat nabi walaupun 11 rakaat paanjang hingga ke hujung subuh. Cubalah renungkan setakat ini sudah berapa kali kita menemui Ramadhan. Selama ini kita tahu tak bagaimana Allah terima amalan kita. Walau kita tak tahu, tapi Allah beri isyarat tanda2 amalan diterima-iaitu 1) jika dapat istiqmah berterusan dibulan2 yg lain selepas Ramadhan. Cubalah sama kita teruskan amalan bacaan al quran dan tadarus al quran istiqaah dibulan lain 2) bila bertaubat-dia tidak ulang melakukan lagi dosa /maksiat /kesalahan tersebut dibulan2 lain. 3) bertaubat-Berhijrah ketempat suasana yg lain yg lebih baik.

Saturday, 5 July 2014

Kuliah subuh 060714 Utz Shafie

Bersyukor pada Allah kerana diberiNya sehari lagi dlm islam hidup.tanda kesyukoran kita adalau dgn berazam bersungguh dan beramal dggn objektif fokus yg jelas untuk mematuhi perintah Allah iaitu 1) tingkah laku-akhlak. Bagaimana nak tukar akhlak (behaviour) iaitu dengan menukar mindset atau pemikiran. Atau bahasa dalam hati 2) Perbuatan.-mematuhi perintah Allah. Nak ingin bersihkan hati dan perbuatan adalah dgn perkataaan2 al quran. Tetapi manusia amnya yang penting baginya adalah keinginan nafsunya. Al Quran mendidik kita supaya menukar yang paling penting dalam hidup itu adalah Allah.surah16 ayat31" wahai manusia jgn ambil 2 tuhan. Bagaimana nak tahu tumpuan manusia Al Imran ayat14: syaitan akan berusaha menumpukan manusia kearah kei ginan nafsu. Alquran menumpukan pada Allah. Janganlah sebab keperluan kita menghalang kita dari mengtaati Allah. Sebenarnya keseluruhan kita didunia ini adlah untuk mencapai kejayaan akhirat. Ingatlah dan fahamlah yang dimaksudkan dengan orang yg ingkar itu orang kafir dan termasuk orang islam yg tidak taat kpd Allah. Mindset taqwa adalah punyai dalam fikiran kita satu perkataan "Lailahhalilalah"-tiada apa yg saya cinta melainkan Allah. Itulah erti iman. Kenapa dia penting sebab ia akan mengpengaruhi perbuatan. Lihatlah kualiti diri kita hari ini ramai yg takut melanggar atau menyebabkan boss marah tapi tidak pula takut melanggar perintah Allah. Surah Sad surah 35 ayat 29 "kitab ini diturunkan membawa barakah. Tujuan alquran diturunkan supaya kamu tadabur ( baca, hafal, hayati dan amalkan alquran). Kenapa kita boleh hafal dan fahami resepi kerja dan buat kueh tetapi tak hafal dan fahami resepi Allah. Al Hujarat ayat 12. "Wahai orang beriman jauhi dari perasangka .... Ya Allah bantulah aku untuk menyayangi mu. Ingatlah jika kita betulkan skript hati kita dengaan betul-Allah akan beri hidayat dan bantu   kita. Doa dalam alquran dengan specific"Ya Allah bantulah saya untuk dapat membaca dan menghayati , memahami dan mengamalkan al Quran. berdoalah sungguh2 nak mahir dengan alquran.

Friday, 4 July 2014

Kuliah subuh 050714 Utz Prof Habib Mat Som

Setiap hari kita minta keampunan, minta reda Allah masuk syurga dan jauhi api neraka. Ketahui dlm kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dgn dosa dan pahala dan kearah neraka ke syurga. Imam Nawawi berkata kita perlu didik diri supaya suka kepada ilmu yg berkabajikan dan pada ibadat. Juga takut dan harap mudah2an amalan kita puasa solat diterima Allah. Ingat betapa hebatnya manusia dgn harta, pangkat dan kuasa tetapi bila dia ditawan oleh nafsu dan syaitan dia akan hilang kawalan.akan mengikut syaitan dan nafsu untuk meleka2kan,memudah2kan dan mengingkari perkara agama dan perintah Allah. Ibaratnya walaupun seorang jeneral yang pandai, garang dan tangkas apabila ditawan musuh di ikat di tutup matanya di tarik kenan kekiri oleh musuhnya ia akan terpaksa mengikuti  perintah. Imam Ghazali bertanya Allah dan rasulnya telah menceritakan syurga yg indah senang dan kekal tetapi kenapa manusia cinta kepada dunia sedang dunia sementara akan binasa dan hancur. Beribadat dan beramallah sementara nyawa dan kesihatan ada ibarat nya sebelum bateri kita 'kong', mati atau rosak. Ramadhan bulan reformasi dari malas kerajin, dari sikit kpd banyak amal, dari kurang kepda lebih usaha kepada kebaikan. Disyurga nikmat 1. sihat, 2. muda 3. Hidup kekal 4.nikmat- senang tak bosan selama2nya. Alangkah nikmatnya jika kita masuk syurga selama2nya dan Rugi dan malanglah jika kita masuk neraka selama2nya. Ingatlah Nikmat di syurga itu terlalu banyak dan kamu tidak akan jemu2. Maka usahakan lah dan rebutlah nya.

Monday, 30 June 2014

Taskirah zohor mbpj 010614

Janganlah lakukan puasa Ramadhan main2. Rapaykan hubunganbkita dgn alquran sebaba fianpertunjuk. Banyaklah istigfar..siapa yg bila masuk dalam bulan Ramadhan dan kemudiannya keluar selepas ramadhan dosanya tak diampun. 3) orang yg simpan marah , dendam benci bukan kerana agama tanpa dimaafkannya 'Allah tidak mengampunkannya.

Saturday, 28 June 2014

Kuliah subuh 29 June 2014 Alam Barzah

Rahsia Kematian
Hikmah Rahsia kematian itu 1) supaya dia dapat bergembira hidup didunia ini 2) supaya dapat.terus menyiapkan diri dģn bekalan untuk dibawa selepas.kematian
Surqh At Takasur-lingkaran dunia yg melekakan. Sifat kematian itu mengejut. Sebenarnya dalam hidup ini kita tiada pilihan melainkan menyibukkan diri dengan amalan dan menebus dosa2 kamu. Ingat syaitan dan persekitaran kita akan terus menghasut, mempengaruhi kita dengan hiburan dunia.  Apabila kita samapai 40 tahun alam barzah meneru kamu 50 tahun menyeru lagi amalan apa yg kau sediakan untuk bekalan kematian mu.  Kita selalu lalai dengan kesibukan kelekaan dunia. Ketika umurmu 60 alam barzah meyeru lagi..bersiap sedialah untuk kamu untuk menghadapi kematian dan masuk kealam kubur. Apabila sampai 70 tahun..alam barzah menyeru anggaplah diri kamu telah mati. Alam barzah itu maknanya benteng. Allah akan perlihatkan dengan sejelas2nya anak2 cucu2 dan ahli keluarga didunia bagaimana keadaan mereka amalan mereka solat puasa haji dan sedekah mereka. Orang dalam barzah lebih menyenangkan mereka dua rakaat solat sunat dari dunia dan isi2nya. Kubur itu sulit lagi menyulitkan. Hari2 akan diperlihatkan amal2an dan dosa2 mereka syurga dan neraka setiap hari. Akan diperlihatkan betapa singkatnya kehidupan didunia ini seperti pagi samPi kepetang. Jadi sementara nyawa di kandung badan janganlah biarkan ia disia2kan. Sebab bila dia berlalu ia berlalu begitu saja bagaikan angin.a

Friday, 27 June 2014

Kuliah subuh 280614 Dr Shafie

Syukur kepada Allah kerana nikmat yang diberia kepada kita. Kita berazamlah dan tanamlah cita2 untuk melakukan amal soleh. Ingatlah syaitan telah berjanji untuk menghasut dengan bisik2 untuk melekakan, memisongkan kita tapi dia tiada kuasa.yang berkuasa hanyalah Allah.kalau kita setkan mind dan fikus untuk buat kebaikan dqn amal sungguh2 Allah akan tolong. Kita mesti tahu apa benda dan perkataan baik itu menuju kepada al takwa-ketaatan kepada Allah..sebenarnya bagun pagi kita hanya perlu ingat bagaimana aku boleh taat kepada Allah.  2) Siapa itu? Al Araaf surah 7ayat 180. "Pohonlah kepada Aku dengan nama2 Ku". Surah Al fatihah-segala pujian itu hanyalah semata mata untuk Allah.jadi sedangkan kita manusia suka dipuji. Sedangkan jika kita buat sesuatu yg baik segala tenaga fikiran dan usaha Allah yang beri. Ingatlah iman bukannya duduk di lidah dengan sebutan tapi dia duduk dihati -surah 49 ayat 14. ".....iman itu duduknya di hati iaitu tempat niat. Bagaimana yg Jadikan iman itu duduk dihati iaitu dengan membaca ayat2 alquran.al anfal ayat2. Al Zumar ayat 90 "apabila diperinvatkan kpd mereka tentang ayat2 alquran hati2 orang yg tak beriman akan merasa bosan."sedangkan sepatutnya kita semakin segar, seronok dan semangat ..caranya dengan memahami alquran dan cikifkan seolah2 Allah sedang bercakap dengan al Quran. Carilah rasa sayang dan cinta pada AlQuran. ###Mendidik anak jangun gunakan perkataaan negative -'Jangan'. Al bakarah ayat 32-doa yg perlu sungguh2 "subnakallah ilmalana innakaanalim mul hakim" Allah akan didik sesiapa yg sungguh2 . Didiklah hati "Ya Allah aku hambamu yang tiada apa pun melainkan apa yg kau ajarkan kpd ku".