fish

Friday, 1 November 2013

Fadilat Surah2 AL Quran



💮 Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.

💮 Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
💮 Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

💮 Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

💮 Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.

💮 Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

💮 Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

💮 Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

💮 Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki.

💮 Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana dikatakan juga:-
💮 Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
💮 Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
💮 Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
💮 Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
💮 Ketika anda amalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan amalkannya agar syaitan terus stroke.

Mengenali Sayyidina Umar Al Khattab



Perkataan Para Sahabat Tentang Sayyidina Umar Al Khattab

Abu Bakar As Siddiq berkata;
"Tidak ada seorang pun yang ada di muka bumi yang lebih aku senangi daripada Umar."

Ali bin Abu Talib berkata;
"Jika disebutkan orang-orang soleh, maka sebutlah Umar. Kami tidak pernah meragukan bahawa ketenangan berbicara melalui lidah Umar."

Aisyah berkata;
"Demi ALLAH, dia adalah orang yang sangat cerdik dan tiada tandingannya."

Ibnu Umar berkata;
"Aku tidak pernah melihat seorang pun setelah wafatnya Rasulullah orang yang lebih keras sikapnya dan lebih pemurah daripada Umar."

Ibnu Abbas berkata;
"Dia laksana burung terbang yang sangat berhati-hati, yang memandang bahawa seluruh jalan yang akan dilaluinya penuh dengan perangkap."

Ibnu Mas'ud berkata;
"Andai kata ilmu Umar diletakkan pada 1 timbangan, maka ilmu seluruh manusia diletakkan pada timbangan yang lain, nescaya timbangan Umar akan jauh lebih berat."

Hudzaifah berkata;
"Ilmu manusia itu laksana tersembunyi di otak Umar. Demi ALLAH, aku tidak mengenal seorang pun yang tidak takut terhadap cemuhan orang-orang yang mencemuh selain Umar."

Saturday, 26 October 2013

Kul Subuh MTAJ 27 Oct 13 uTZ kAMAL

Setiap ujian /kejadian pasti ada penyelesaian. 2 nikmat besar yg selalu dilupakan-nikmat kesihatan dan masa lapang. Jgn melayan perasaan jika ditimpa mushibah-Isikan perkara manafaat-belajar ilmu, belajar ala quran, solat sunat.ingat nikmat Allah lagi besar dari ujiannya. Bykkan sabar,terima dgn reda. Ujian kesenangan /kejayaan- syukurz, tawaduq &bykkan amal. Apabila bertembung sesuatu kembali kpda Allah-berpandukan suruhan perintah Allah mengikuti syariat al Quran.oleh imam ghazali -Apabila melakukan sesuatu amal sbb takut azab Allah-serendah2 ikhlas, nak dpt syurga lebih tinggi, sbb syurga dan neraka tu makhluk Allah, lebih tinggi amal dilakukan kerana utk dptkan reda Allah" .beramallah semata2 kerana Allah tanpa syarat apa. Munafaatkan dgn menyibukkan diri dgn amal dan buat perkara Allah suka. Sbb diakihirat nanti kita akan di sibukkan dgn soalan di akhirat nnti.## ingat -Beri masa, peruntukkan masa utk baca dan menghayati Al Quran". Sempena awal muharam berazamlah kalau kita boleh utkkan masa utk perkara lain kenapa tak utkkan utk Al Quran".#sehari berlalu tanpa pengisian kerana Allah akan mengundang masuk kelalaian, kesusahan, kealpaan

You Are the Best- Kuliah Subuh MJAR 26 Oct '13 Utz Dr Shafie

Sungguh2 baca bismillahurahmanirahim. Setiap kerja perlu dgn azam yg sungguh2. Nak dpt sungguh2 perlu dpt tolong Allah."Pada Kau yg aku sembah dan pd Mu yg aku minta pertolongan" #Al Hij #39 iblis berkata "Ya tuhan ku,oleh sbb kau letak aku mahluk yg sesat, aku akan jadi duinia ini indah dan aku akan sesatkan manusia". Fikirkan "keperluan hidup penting, Allah lagi penting".Al- imran #14" syaitan akan jadikan keutamaan dan fokus utamanya kesukaannya-shahwat-wanita, harta, pangkat, kuasa, anak2".Allah tak jadikan manusia melainkan taat padanya.setiap masa perlu tingkatkan -hijrah kan sikap-perlakuan lebih baik. Sesuatu perbuatan yg tak lakukan sungguh2 Allah tak akan terima.Pahala bawa rahmat pd Allah, selamatkan kita n keluarga dunia akhirat.kita minta jln yg lurus Yasin#61"bahawa kamu abadi-kerja ikut peraturan Aku-itulah jalan yg lurus".Tiap hari jelaskan matlamat kita"Pada mu yg kami sembah, minta pertolongan".kalau hijrah=perbuatan itu sungguh kerana Allah,Allah akan bantu/beri pertunjuk. Al Tawabqu #11 "tidaklah dtg sesuatu tanpa izin Allah, sesiapa yg beriman pd Allah , ia akan dipandu perkataannya melalui hatinya.mulakan Niat makan kerana Allah-Ia dpt kenyang,sedap dan reda-pahala Allah. Begitu juga kerja- jika diniat fokus kerana Allah-ia dpt rezeki cukup. Panduan dan duit.Syaitan tak boleh tipu org yg ikhlas.(Org yg melakukan sungguh2 mengikut peraturan Allah". Kesan ikhlas-Allah beri semangat utk buat kebaikan dan taat pd Allah. Ingatlah jika kita berjaya kaya; Al Qasas #78"qarun berkata sesungguhnya kekayaan itu dari usahaku" tapi ikutlah bgaimana bahasa nabi Sulaiman "segala ini kurniaan Allah utk menguji ku semada aku taat atau ingkar".ingat perlu bimbang segala kesenangan -kita gagal ujian Allah. Al Haj#65h "Allah amat sayangkan hambanya dengan tundukan muka bumi ini kapal tak tenggelam, utk keperluannya. Perlu untk lihat Kebaikan Allah nampak dgn mata-hati.Al Haj#46"jln dimuka bumi ini dan jadikan hati kamu berfikir nmpak kebesaran Allah". "Sesungguhnya org yg kafir(org yg ingkar perintah Allah tidak mau mengaji Al Quran) , Allah akan tutup mata hati mereka-tak nmpak kebaikan perintah Allah.berkerja jadi kerja, Mengajar Al- Quran menjadikan kita pemimpin.

Bulan Haram- Kuliah Magrib MJAR Utz Syed Abd Kadir Al Jufree 26 Oct '13

Dalam islam setahun ada 12 bulan, ada 4 bulan haram.-zulhijah, zulqaedah, muharam, ramadhan. Jika puasa-Elok diniatkan dibulan haram-bulan yg dimuliakan.bulan "haram"-pada perbuatan saorang manusia mukalaf yg melanggar perintah/melakukan larangan Allah.perkataan 'haram=ada kehormatan-diharamkan perkara2 tertentu disbbkan ada kemuliaan.ada 1.5 mths lagi elok diniatkan utk memuliakan bulan ini.Perkara yg baik dilakukan- 1) puasa sunat 2) bykkan amalan2 lain. Hari isnin minggu dpn Muharam.## lampu dlm kubur-adalah disbbkan kita dtg hadiri majlis ilmu". Org beriman-hikmahnya kita Sedar akhir bulan zulhijah msk muharram-dgn byk doa- renung bgaimana lah amal aku. Tahun baru azam thn baru- dlm islam ditulis dan didoakan.barat ajar "you are what u think", islam ajar kita doa dengar &faham apa yg kita nak-menyandarkan pada Allah. Doa specific-aku nak rajin solat, selawat. Doalah berulang2,Doa muharam biarlah sungguh2 dan memberi kesan.10 hari pertama muharam-bykkan ibadat,ingat hari asura -10 perkara yg patut dibuat 1)melapangkan rezeki ahli keluarga-Allah akan lpgkan rezekinya spjg tahun.kalau kita membesarkan 3 bulan haram ini bersungguh2 insyallah kita dpt istiqamah sepjg tahun

Sunday, 20 October 2013

Bolehkah Berdoa Minta Panjang Umur

 Mengenai pertanyaan Ngah...Semuga ada pencerahan....


Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baazrahimahullahditanya mengenai hukum berdoa meminta agar dipanjangkan umurnya.
Penanya bertanya:



Apakah diperbolehkan seseorang berdoa meminta agar dipanjangkan umurnya ataukah umur setiap orang telah ditetapkan sehingga tidak ada faidahnya berdoa meminta agar dipanjangkan umurnya?
Jawaban:
Hal itu tidaklah mengapa, dan yang lebih utama adalah seseorang membatasi doanya tersebut dengan sesuatu yang bermanfaat bagi orang yang didoakan. Seperti dia mengatakan “Semoga Allah memanjangkan umurmu dan (kamu dapat memanfaatkannya) dalam ketaatan kepada Allah, atau dalam kebaikan atau dalam perkara yang diridhai Allah.”
Telah diketahui bahwa doa tidak akan menyelisihi takdir, bahkan doa termasuk bagian dari takdir,sebagaimanaobat, ruqyah dan sebagainya (termasuk bagian dari takdir).Setiap sebab yang tidak menyelisihi syariat Allah termasuk bagian dari takdir. Takdir Allah telah ditetapkanpada diri orang yangsakit dan sehat,pada diri orang yang didoakan dan yang tidak didoakan.Akan tetapi Allah Ta’ala memerintahkan (kita) untuk mengambil sebab-sebab yang disyariatkan yang diperbolehkan . Dan Allah juga mengatur segala sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya, dan itu semua termasuk bagian dari takdir Allah.
Wallaahu waliyyut-taufiq (Allah-lah sebaik-baik pemberi taufik)


Diriwayatkan daripada Abu Khuzamah RA daripada ayahnya bahawa dia bertanya nabi SAW, katanya:
Ya Rasulullah, apakah pendapat kamu tentang ruqyah (bacaan ayat dengan tujuan berubat) yang kami bacakan, atau pun ubat yang kami gunakan untuk berubat atau sebarang benteng yang kami berlindung dengannya, adakah akan menolak sesuatu daripada ketentuan Allah? Jawab nabi SAW: Ia adalah daripada ketetapan Allah. (Riwayat Tirmizi)

9. Selain itu, terdapat juga sebab ma’nawi (abstrak) yang boleh memanjangkan umur. Ini dapat kita perhatikan dalam beberapa keterangan nabi SAW. Menerusi beberapa hadith nabi SAW, umur boleh panjang dengan sebab doa, silaturrahim, berbuat baik dengan ibu bapa dan juga semua jenis amal kebajikan. Antaranya ialah berkaitan silaturrahim, diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa dia mendengar nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang suka dibentangkan baginya rezekinya dan dilewatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim. (Riwayat al-Bukhari)

10. Manakala dengan sebab amal kebajikan pula, sebagaimana diriwayatkan oleh Salman RA bahawa nabi SAW bersabda:
Tidak akan ditolak qadha’ melainkan dengan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan amal kebajikan. (Riwayat Tirmizi)

11. Kesemua sebab dan musabab ini telah ditetapkan dan ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla yang juga tidak akan berubah sebagaimana semua ketetapan yang lain. Ia hanya diketahui oleh Allah SWT yang maha mengetahui. Inilah kefahaman daripada firman Allah SWT dalam surah Fatir ayat 11 bermaksud:
Dan tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang, juga tidak pendek umurnya, melainkan ada di dalam Kitab. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

12. Imam al-Baihaqi (458H) menyatakan tentang ayat ini:
Dan maknanya dalam ayat ini ialah bahawa sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menuliskan sesuatu yang bakal menimpa seseorang hamba daripada bala’, halangan, kematian dan sebagainya. Dan sesungguhnya sekiranya dia berdoa kepada Allah SWT atau mentaatiNya dalam perkara silaturrahim dan sebagainya, tidak akan mengenainya bala’ tersebut, dan Dia akan memberikannya rezeki yang banyak,dan memanjangkan umurnya. (al-Baihaqi, al-Qadha’ wa al-Qadr)

Maksud panjang umur 
13. Walaupun dalam beberapa hadith yang menyebut secara jelas dan terang akan umur yang menjadi panjang dengan sebab musabab maddiy dan ma’nawi, namun terdapat sebahagian ulama’ yang menta’wilkan maksudnya kepada bertambahnya keberkatan, bukan panjang umur yang sebenar. Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi (676H), katanya:
Dan para ulama’ menjawab dengan jawapan yang betul, antaranya ialah bahawa bertambah (umur) di sini maksudnya ialah keberkatan pada umurnya, dan bertepatan untuk ketaatan, dan waktunya yang makmur dengan sesuatu yang memanfaatkan pada hari akhirat, serta terpelihara daripada hilang sia-sia. (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ‘ala Sohih Muslim) 

14. Namun, bagi sebahagian ulama’ lain, mereka menegaskan bahawa maksud panjang umur sebagaimana di dalam hadith adalah dengan maksud sebenar. Mereka menyatakan bahawa keberkatan juga adalah perkara yang tetap sebagaimana umur. Jika mereka menta’wilkan panjang umur kepada keberkatan dalam umur kerana umur adalah tetap dan tidak berubah, maka begitu juga dengan keberkatan, ia tetap dan tidak berubah. Jadi maksud yang sebenar adalah memang panjang umur hakiki bukannya keberkatan. Imam al-Qarafi (684H) berkata:
Bahkan yang sebenarnya ialah bahawa Allah SWT menentukan bagi seseorang enam puluh tahun berdasarkan kepada sebab-sebab biasa, daripada makan, bernafas dengan udara, dan Dia menetapkan baginya dua puluh tahun yang lain berdasarkan sebab-sebab ini (ma’nawi), dan silaturrahim. Apabila Allah SWT menjadikannya sebab, boleh disebutkan bahawa sesungguhnya ia (sebab ma’nawi) menambah (memanjangkan) umur secara hakiki. (al-Qarafi, al-Furuq).

15. Apabila meneliti pendapat yang kedua iaitu panjang umur dengan maksud hakiki dan sebenar, bukannya dengan ta’wil, ia lebih selamat dan sesuai kerana ia menjadi galakan yang kuat untuk kita melakukan semua sebab ma’nawi yang dinyatakan. Selain ia juga tidak bercanggah dengan ketetapan ajal kematian apabila sampai masanya, ia mendorong kita agar memastikan silaturrahim terjaga, kita akan berbuat baik dengan kedua ibu bapa, kita akan memperbanyakkan amal kebajikan, bahkan kita tidak akan meninggalkan berdoa agar umur kita boleh menjadi lebih panjang. Imam al-Bukhari (256H) mengkhususkan dalam kitabnya satu bab yang bertajuk: Bab doa nabi SAW kepada khadimnya agar panjang umur dan banyak hartanya, kemudian menyatakan hadith yang dimaksudkan sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa:
Berkata ibuku: Ya Rasulullah, khadim (yang berkhidmat) kamu Anas, doakanlah sesuatu untuknya. Nabi pun berdoa: Ya Allah banyakkanlah hartanya dan anaknya, dan berkatilah apa yang Engkau berikan kepadanya. (Riwayat al-Bukhari)

16. Kesimpulannya, ambillah sebab musabab yang boleh memanjangkan umur, kerana semuanya adalah perkara yang baik. Jika diizinkan Allah Azza wa Jalla dengan panjang umur dan berterusan dengan amal kebaikan, maka itulah juga maksud keberkatan yang kita inginkan.  

Anhar Opir
3 Rabi’ al-Awwal 1433H

Sweileh, Amman

MASYAR- Kuliah Magrib 19 Oct 2013 Ustaz Hj Abd Muhaimin Hj Mohd Shahar




Mengingati kehidupan yg pasti- di masyar. Apabila sitiup sangkala, manusia dibangkit dari kubur masing2, ulama menyatakan masyar didunia ini tapi dgn rupa yg lain-luas tak ada gunong ganang., matahari yg dekat.dibangkitkan mengikut amalan masing2. Menunggu di masyar yg amat lama.semua manusia memohon safaat nabi2 satu persatu semuanya tak sanggup dan akhirnya menemui nabi muhamad minta shafaat-agung. ## sesiapa yg mendengar azan dan menjawabnya dan kemudiannya mendoakan selepas azan- maka dia berhak mendapat shafaat di masyarnya##. Kemudain bermula hisab -dgn pemberian buku amalan masing2.sesiapa yg dpt suratan amal dgn tangan-gembira, menunjukkan pada org sekelilingnya dan menyatakan dia membenarkan khabar masyar di dunia dulu. Mereka yg dpt tangan kiri, menyesal,Ada yg terima dgn tangan belakang-berkata celaka2, didunia di hanya bergembira dan x percaya. Apabila manusia membaca surat amal masing2-yg berdosa rasa amat takut dan terperanjat sbb semua dihitungnya besar n kecil semuanya ada.## dlm sura al kaf- tiada satu perkataan yg disebut yg tak ditulis malaikat akait danafiq##.kemudian- Akan ditanya 4 perkara-mengenai usia, ilmu, masa, harta. Pasti akan ditanya tentang nikmat. Pasal ibadat-pertama ditanya pasal solat. Perkara Ikhlas dlm amal juga akan dikira.org yg dpt buku amal dgn tgn tangan, hisabnya mudah.. Selepas hisab, akan dibuat timbangan amal-"maka hayati doa lps solat"surah al takasur" "*l qariah".Masa timbangan nabi beri syafaat-. Bagaimana mungkin di masyar dosa lbh banyak sedangkan ganjaran pahala berganda, ramadhan, lailalatulqadar,Allah maha pengampun.Org yg beriman dan mendpt kelebihan diberi minuman oleh nabi dgn air ditelaga kausar. Tak kan dahaga selama2nya.Apabila jahanam neraka di bawa kemasyar, manusia akan melutut.masa itu manusia menyesal dan nak balik kedunia.(Surah sejadah). Kemudian melintasi Sirat- siaz sirat dan keadaan mengikut amal,..kenapa diceritakan masyar sbb kita disuruh fikirkan keadaan kita kemudian hari supaya buat penyediaan bertaubat supaya dtg perasaan takut n taqwa.