fish

Wednesday, 20 November 2013

Jika Tiada Rezeki

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
-----------------------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia


-----------------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal


-----------------------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


-----------------------------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala


-----------------------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua


-----------------------------------


Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


-----------------------------------


Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Bacalah ayat ini
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

Monday, 18 November 2013

Teringat kata-kata Ibu

Ibu ku selalu berkata

 " Dia tiada harta, hartanya adalah anak-anak"

" Mana pergi anak-anak mak, mak merindui mereka, merindu riuh rendah suara anak cucu"

"Kalau bapa kau tiada umur, mak akan ikut anak-anak"  ...tapi tak sangka pula anak-anak tak ada masa untuk mak dan  mak akan menyusahkan mereka"

" Anak-anak belikan mak baju, tapi mak dah tiada suka lagi, tapi mana mak nak  pergi, Anak-anak belikan makanan yang sedap2 tapi mak dah takade selera"

sedihnya mengingatikan nya ...terbayang bila kita dah tua, begitulah rasanya




Sunday, 17 November 2013

RENUNGAN DIHUJUNG MINGGU SEMARAKKAN PELITA KEBIJAKSANAAN MU- Datuk Dr Maznah Hamid

Pada suatu malam di sebuah kampung, seorang buta baru pulang dari menziarahi rumah sahabatnya. Sahabatnya membekal sebuah pelita. Orang buta itu ketawa sambil berkata: “Buat apa saya bawa pelita? Kan sama saja buat saya!

Dengan lembut sahabatnya menjawab, “Ini agar orang lain boleh melihat kamu, jangan sampai orang melanggar kamu.” Akhirnya orang buta itu setuju untuk membawa pelita pemberian sahabatnya.

Dalam perjalanan, seorang pejalan kaki terlanggar si buta. “Hei, kamu kan ada mata! Beri la laluan kepada orang buta!” Sibuta meninggalkan lelaki tadi dengan perasaan tidak puashati.

Tidak lama selepas itu, si buta bertambah marah apabila seorang lagi melanggarnya. “Kamu buta ke? Aku bawa pelita ini supaya senang dilihat!”

Orang itu menjawab, “Kamu yang buta! Kamu tidak lihat, pelitamu sudah padam!” Si buta terdiam.. Menyedari situasi itu, lelaki tadi meminta maaf, “Oh, maaf, sayalah yang ‘buta’, saya tidak melihat bahawa anda adalah orang buta.”

Si buta tersipu-sipu, “Maafkan saya juga atas kata-kata kasar saya.” Lelaki tadi membantu menyalakan kembali pelita yang dibawa si buta. Mereka pun meneruskan perjalanan masing-masing.

Tidak berapa lama selepas itu, si buta tadi dilanggar buat kali ke tiga. Kali ini, si buta lebih berhati-hati, dia bertanya dengan penuh sopan, “Maaf, adakah pelita saya telah padam?”

Lelaki itupun terus menjawab, “Saya sebenarnya mau bertanyakan hal yang sama.” Mereka senyap seketika dan secara serentak mereka bertanya, “Adakah anda orang buta?” Secara serentak pun mereka menjawab, “Iya.,” apa lagi berderai-derai mereka ketawa sambil masing-masing cuba membantu mencari pelita yang habis berteraburan diatas jalan.

Sahabatku, cuba kita renungkan cerita diatas berkaitan sebuah KEBIJAKSANAAN, KEPERIHATINAN dan KERENDAHAN HATI… Betapa gelap dan butanya kita tanpa pelita kebijaksanaan… ramai yang ego antara kita, tidak prihatin sesama kita, begitu mudah menghakimi dan menyalahkan “orang lain”, padahal mungkin juga pelita kita yang telah padam..dimana hilangnya kerendahan hati untuk minta maaf?

Bila mata tanpa penghalang, hasilnya adalah penglihatan. Jika telinga tanpa penghalang, hasilnya adalah pendengaran. Hidung yang tanpa penghalang dapat menghidu. Maka, fikiran yang tanpa penghalang hasilnya adalah kebijaksanaan...

Bidalan mengatakan, Sejuta pelita dapat dinyalakan dari sebuah pelita, dan nyalaan pelita pertama tidak akan malap. Pelita kebijaksanaan pun, tidak akan pernah habis walau dikongsikan.


Sudahkah kita suluh kedalam diri masing-masing? Jika sudah, adakah nyalaannya masih terang, atau nyaris padam? JADILAH PELITA, bagi diri mu sendiri dan rakan disekelilingmu. 

Kuliah Subuh 17/11/2013 Utz Fairuz

Wasiat Allah kpd nabi ada 5: 1)Jangan gatung harap pada dunia 2)Jgn cinta pada yg lain dulu melainkan Aku sbb.,tempat kembalimu hanyalah kepada KU 3)Bersungguhlah engkau mencari syurga 4) Putuskan harapan kpd manusia kerana sebenarnya mereka bukanlah penyebab kepada sesuatu.5) Rajinlah lakukan solat tahajud (solat sunat yg paling dituntut adalah tahajjud dan duha) .,Pesan Syeikh Kadir jailani.1) orang yg byk bicarakan dunia jgnlah kau harapkan kata2 nasihat baik dari nya 2)org yg byk makan jgn kau harapkan kata2 hikmah darinya 3) org yg byk bergaul dgn manusia sehingga lupa pada allah jgnlah kau harapkan kyusu ibadatnya 4.) Org yg terlalu cintakan dunia jgn kau hrpkan husnulhatimah-jln yg lurus utknya 5.) Org yg bodoh adalah org kurang ikuti ilmu agama jgnlah kau harapkan kata2 benar dari nya. Buatlah jihad diri kita dgn mengubah dirinya kpd lebih baik. Imam Ghazali berkata org yg bimbang akan dirinya mati dlm iman atau tidak itulah orang yg beriman.

Check List Puasa Sunat 2013- 2014 (1435 H)

1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013

2. PUASA HARI ASYURA PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013

3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN)

4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT:
  MUHARAM  =                  17-19 NOV   2013
  SAFAR         =                  16 -18 DIS    2013
  RABIULAWAL =               15-17 JAN   2014
  RABIULAKHIR =              13-15 FAB   2014
  JAMADILAWAL =           15-17 MAC   2014
  JAMADILAKHIR =           13-15 APR   2014
  REJAB  =                          13-15 MEI    2014
  SYAABAN =                     11-13 JUN   2014
  SYAWAL =                      09-11 OGOS 2014
  ZULKAEDAH =               08-10 SEPT  2014
  ZULHIJJAH =                  08-10 OKT   2014

5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI  2014

6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014

7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH PADA 29 JULAI - 26 OGOS 2014

8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014


9. PUASA HARI WUQUF (BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014

Some Pointer from Alexander The Great


The last wishes of Alexander the Great:
On his deathbed, Alexander summoned his generals and told them his three ultimate wishes:

1. The best doctors should carry his coffin;

2. The wealth he has accumulated (money, gold, precious stones) should be scattered along the procession to the cemetery, and

3. His hands should be let loose, hanging outside the coffin for all to see.

One of his generals who was surprised by these unusual requests asked Alexander to explain.

Here is what Alexander the Great had to say:

1. I want the best doctors to carry my coffin to demonstrate that, in the face of death, even the best doctors in the world have no power to heal.

2. I want the road to be covered with my treasure so that everybody sees that material wealth acquired on earth, stays on earth.

3. I want my hands to swing in the wind, so that people understand that we come to this world empty handed and we leave this world empty handed after the most precious treasure of all is exhausted, and that is TIME.

TIME is our most precious treasure because it is LIMITED.
We can produce more wealth, but we cannot produce more time.


When we give someone our time, we actually give a portion of our life that we will never take back. Our time is our life. 

Kuliah Subuh 9hb Nov 13 Ut Abu Jihad Ciri2 Orang Beriman

Lumrah manusia ingin berjaya.Nak berjaya perlu jumpa org berjaya.Untk berjaya di akihirat perlu dpt mengikut perintah Allah.berjaya perlu ilmu. Sesiapa keluar rmh utk menuntut ilmu dia keluar berjihad-fi sabillilah.Al Mukminun #29" sesungguhnya berjayalah org yg beriman_ciri2nya 1) org yg kyusuk solatnya-lagi kyusuk kita dlm solat makin dekatlah kita dlm kejayaan. Org yg. Jaga solat-Allah akan pelihara kerja n kejayaanNya. 2) Mereka yg menjauhi diri dgn perbuatan Sia2-tak jaga solat>jiwa kosong> akan buat maksiat..cth benda tak elok diinternet.facebook.Org perempuan selalunya bahaya dimulut, lelaki bahaya diMata.jauhi perbuatan sia2 3) bersihkan harta dgn zakat sedekah 4) org yg menjaga kemaluannya dari yg haram- perlu jaga shahwat-dgn kahwin.supaya tak tercela &melampui batas (5)org yg menjaga amanah &janji2nya-jgn bohong, khianat.-amanah sebagai suami, isteri, anak, pekerja,pemimpin .ayat lain "Org yg mengajak kpd makruf dan mengcegah mungkar-dia org berjaya".