fish

Saturday, 5 July 2014

Kuliah subuh 060714 Utz Shafie

Bersyukor pada Allah kerana diberiNya sehari lagi dlm islam hidup.tanda kesyukoran kita adalau dgn berazam bersungguh dan beramal dggn objektif fokus yg jelas untuk mematuhi perintah Allah iaitu 1) tingkah laku-akhlak. Bagaimana nak tukar akhlak (behaviour) iaitu dengan menukar mindset atau pemikiran. Atau bahasa dalam hati 2) Perbuatan.-mematuhi perintah Allah. Nak ingin bersihkan hati dan perbuatan adalah dgn perkataaan2 al quran. Tetapi manusia amnya yang penting baginya adalah keinginan nafsunya. Al Quran mendidik kita supaya menukar yang paling penting dalam hidup itu adalah Allah.surah16 ayat31" wahai manusia jgn ambil 2 tuhan. Bagaimana nak tahu tumpuan manusia Al Imran ayat14: syaitan akan berusaha menumpukan manusia kearah kei ginan nafsu. Alquran menumpukan pada Allah. Janganlah sebab keperluan kita menghalang kita dari mengtaati Allah. Sebenarnya keseluruhan kita didunia ini adlah untuk mencapai kejayaan akhirat. Ingatlah dan fahamlah yang dimaksudkan dengan orang yg ingkar itu orang kafir dan termasuk orang islam yg tidak taat kpd Allah. Mindset taqwa adalah punyai dalam fikiran kita satu perkataan "Lailahhalilalah"-tiada apa yg saya cinta melainkan Allah. Itulah erti iman. Kenapa dia penting sebab ia akan mengpengaruhi perbuatan. Lihatlah kualiti diri kita hari ini ramai yg takut melanggar atau menyebabkan boss marah tapi tidak pula takut melanggar perintah Allah. Surah Sad surah 35 ayat 29 "kitab ini diturunkan membawa barakah. Tujuan alquran diturunkan supaya kamu tadabur ( baca, hafal, hayati dan amalkan alquran). Kenapa kita boleh hafal dan fahami resepi kerja dan buat kueh tetapi tak hafal dan fahami resepi Allah. Al Hujarat ayat 12. "Wahai orang beriman jauhi dari perasangka .... Ya Allah bantulah aku untuk menyayangi mu. Ingatlah jika kita betulkan skript hati kita dengaan betul-Allah akan beri hidayat dan bantu   kita. Doa dalam alquran dengan specific"Ya Allah bantulah saya untuk dapat membaca dan menghayati , memahami dan mengamalkan al Quran. berdoalah sungguh2 nak mahir dengan alquran.

Friday, 4 July 2014

Kuliah subuh 050714 Utz Prof Habib Mat Som

Setiap hari kita minta keampunan, minta reda Allah masuk syurga dan jauhi api neraka. Ketahui dlm kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dgn dosa dan pahala dan kearah neraka ke syurga. Imam Nawawi berkata kita perlu didik diri supaya suka kepada ilmu yg berkabajikan dan pada ibadat. Juga takut dan harap mudah2an amalan kita puasa solat diterima Allah. Ingat betapa hebatnya manusia dgn harta, pangkat dan kuasa tetapi bila dia ditawan oleh nafsu dan syaitan dia akan hilang kawalan.akan mengikut syaitan dan nafsu untuk meleka2kan,memudah2kan dan mengingkari perkara agama dan perintah Allah. Ibaratnya walaupun seorang jeneral yang pandai, garang dan tangkas apabila ditawan musuh di ikat di tutup matanya di tarik kenan kekiri oleh musuhnya ia akan terpaksa mengikuti  perintah. Imam Ghazali bertanya Allah dan rasulnya telah menceritakan syurga yg indah senang dan kekal tetapi kenapa manusia cinta kepada dunia sedang dunia sementara akan binasa dan hancur. Beribadat dan beramallah sementara nyawa dan kesihatan ada ibarat nya sebelum bateri kita 'kong', mati atau rosak. Ramadhan bulan reformasi dari malas kerajin, dari sikit kpd banyak amal, dari kurang kepda lebih usaha kepada kebaikan. Disyurga nikmat 1. sihat, 2. muda 3. Hidup kekal 4.nikmat- senang tak bosan selama2nya. Alangkah nikmatnya jika kita masuk syurga selama2nya dan Rugi dan malanglah jika kita masuk neraka selama2nya. Ingatlah Nikmat di syurga itu terlalu banyak dan kamu tidak akan jemu2. Maka usahakan lah dan rebutlah nya.

Monday, 30 June 2014

Taskirah zohor mbpj 010614

Janganlah lakukan puasa Ramadhan main2. Rapaykan hubunganbkita dgn alquran sebaba fianpertunjuk. Banyaklah istigfar..siapa yg bila masuk dalam bulan Ramadhan dan kemudiannya keluar selepas ramadhan dosanya tak diampun. 3) orang yg simpan marah , dendam benci bukan kerana agama tanpa dimaafkannya 'Allah tidak mengampunkannya.

Saturday, 28 June 2014

Kuliah subuh 29 June 2014 Alam Barzah

Rahsia Kematian
Hikmah Rahsia kematian itu 1) supaya dia dapat bergembira hidup didunia ini 2) supaya dapat.terus menyiapkan diri dģn bekalan untuk dibawa selepas.kematian
Surqh At Takasur-lingkaran dunia yg melekakan. Sifat kematian itu mengejut. Sebenarnya dalam hidup ini kita tiada pilihan melainkan menyibukkan diri dengan amalan dan menebus dosa2 kamu. Ingat syaitan dan persekitaran kita akan terus menghasut, mempengaruhi kita dengan hiburan dunia.  Apabila kita samapai 40 tahun alam barzah meneru kamu 50 tahun menyeru lagi amalan apa yg kau sediakan untuk bekalan kematian mu.  Kita selalu lalai dengan kesibukan kelekaan dunia. Ketika umurmu 60 alam barzah meyeru lagi..bersiap sedialah untuk kamu untuk menghadapi kematian dan masuk kealam kubur. Apabila sampai 70 tahun..alam barzah menyeru anggaplah diri kamu telah mati. Alam barzah itu maknanya benteng. Allah akan perlihatkan dengan sejelas2nya anak2 cucu2 dan ahli keluarga didunia bagaimana keadaan mereka amalan mereka solat puasa haji dan sedekah mereka. Orang dalam barzah lebih menyenangkan mereka dua rakaat solat sunat dari dunia dan isi2nya. Kubur itu sulit lagi menyulitkan. Hari2 akan diperlihatkan amal2an dan dosa2 mereka syurga dan neraka setiap hari. Akan diperlihatkan betapa singkatnya kehidupan didunia ini seperti pagi samPi kepetang. Jadi sementara nyawa di kandung badan janganlah biarkan ia disia2kan. Sebab bila dia berlalu ia berlalu begitu saja bagaikan angin.a

Friday, 27 June 2014

Kuliah subuh 280614 Dr Shafie

Syukur kepada Allah kerana nikmat yang diberia kepada kita. Kita berazamlah dan tanamlah cita2 untuk melakukan amal soleh. Ingatlah syaitan telah berjanji untuk menghasut dengan bisik2 untuk melekakan, memisongkan kita tapi dia tiada kuasa.yang berkuasa hanyalah Allah.kalau kita setkan mind dan fikus untuk buat kebaikan dqn amal sungguh2 Allah akan tolong. Kita mesti tahu apa benda dan perkataan baik itu menuju kepada al takwa-ketaatan kepada Allah..sebenarnya bagun pagi kita hanya perlu ingat bagaimana aku boleh taat kepada Allah.  2) Siapa itu? Al Araaf surah 7ayat 180. "Pohonlah kepada Aku dengan nama2 Ku". Surah Al fatihah-segala pujian itu hanyalah semata mata untuk Allah.jadi sedangkan kita manusia suka dipuji. Sedangkan jika kita buat sesuatu yg baik segala tenaga fikiran dan usaha Allah yang beri. Ingatlah iman bukannya duduk di lidah dengan sebutan tapi dia duduk dihati -surah 49 ayat 14. ".....iman itu duduknya di hati iaitu tempat niat. Bagaimana yg Jadikan iman itu duduk dihati iaitu dengan membaca ayat2 alquran.al anfal ayat2. Al Zumar ayat 90 "apabila diperinvatkan kpd mereka tentang ayat2 alquran hati2 orang yg tak beriman akan merasa bosan."sedangkan sepatutnya kita semakin segar, seronok dan semangat ..caranya dengan memahami alquran dan cikifkan seolah2 Allah sedang bercakap dengan al Quran. Carilah rasa sayang dan cinta pada AlQuran. ###Mendidik anak jangun gunakan perkataaan negative -'Jangan'. Al bakarah ayat 32-doa yg perlu sungguh2 "subnakallah ilmalana innakaanalim mul hakim" Allah akan didik sesiapa yg sungguh2 . Didiklah hati "Ya Allah aku hambamu yang tiada apa pun melainkan apa yg kau ajarkan kpd ku".

Thursday, 26 June 2014

Taskirah ringkas chegu halim

Hadis...Sesuatu yg menakjubkan akan ada sesuatu kejayaan dia bersyukur dan beri kebaikkan kpd nya.dia tidak bergembira2 berlebih2an. Apabila dia menimpa musibah dia bersabar dan itu beri kebaikkan kpdnya.itu kelebihan orang mukmin-boleh bertqhan dan menghadapti dgn tenang. Setiap berlaku itu tertulis dalam pengetahuan Allah. Ramadhan itu bulan Al quran-bacalah bukqn saja dgn tadarus tapi dgn tadabur dan takaasur.Al quran memberi respin mengikut kesungguhan kita menghayatinya.merancanglah amalan dibuLn ramadhan.

Saturday, 21 June 2014

Kuloah subuh 220614 utz Syukor

Bulan Ramadhan bulan rahmat bulan berkat. Bulan yang ditunggui sahabat2 nabi. Àpakah persediaan kita menyambut Ramadhan -kalau ada persediaan untuk bola piala dunia ataupun ketibaan panda kenapa tiada persediaan untuk menyambut Ramadhan. Persediaan utama adalah ilmu. Kita mestilah jadi hamaba Allah yang berkualiti.  Begitu juga hendaklah kita berpuasa dengan puasa yang berkualiti. Kita perlu bina diri dan membena kualiti orang dikeliling kita. Wahai orang yg beriman diwajibkan kamu berpuasa mudah2an kamu menjadi orang yang berkualiti. Allah mèmuliakan orang yg berilmu beberapa darjat dari org yg beribadat. Janganlah ada dibulan Ramadhan rasa dendam dengki.##Orang lelaki doa dan usahakan jangan solat subuh dirumah.
Ulama menyatakan bagaimana untuk menjadi orang dan umat berkualiti taqwa. 1) sentiasa ingat Allah-hati akan tenang. 2) baca alquran dan jadikannya budaya kehidupan harian kita. Baca alquran dengan tadabur-memahami dan mengamalkannya. Al quran itu pembimbing dan dia memberi syufaat kpda kita. 3) Qiamulail -hendaklah kamu rengangkan diri dari tempat tidur bangun dan berdoa. Allah suka orang mukmin yg kuat dari yang lemah. Kuat dengan iman dan amalnya, ketakwaan, ibadatnya dan ilmunya.**ketahuilah tiada kejadian yg lebih baik dari 1000 kejadiqn kecuali manusia***.