Apa nikmat yg Allah berikan kepada kita pasti kita tak mampu menghitungnya. Kemuncak nikmat pada kita adalah Islam dan iIman. Soalnya adakah kita memahami dan menghayati iman dan islam dalam diri kita. Kita dituntut berjihad menentang nafsu dan syaitan dalam diri kita. "Sesiapa yg mendustai ayat2 kami dan tidak patuh kerana mereka sombong". Orang sombong itu adalah mereka yang tidak boleh menerima kebenaran.Kita sepatutnya punyai sifat tawaduk-sifat rasululah dan sahabat2 baginda. Sebagai umat rasul kita sepatutnya mengikut sifat nabi. Selain dari itu kita dituntut istiqamah dalam perkara kebaikan dan berlemah lembut dgn manusia. Sahabat2 nabi hatinya lembut-sering insaf dan takut melakukan maksiat, perkara yg dimurkai Allah. Kita perlu punyai akidah=ikatan yang padu dengan Allah. 2 perkara yang memuliakan kita adalah hubungan kita dgn Allah dan hubungan kita dgn manusia. Ikatan sesama manusia adalah ibarat jauhi melakui perkara yg kita tak suka dilakukan begitu juga orang lain dan lakui perkara baik yg kita suka kepada orang lain. Tidak sempurna iman kita selagi kita tak sayangi mereka seperti diri kita. Antara kita dan saudara kita umpama satu jasad. Sebahagiannya sakit seluruh badan pun akan rasa sakit. Hubungan kita dengan Allah..melakui perkara yg diredaai Allah. Sentiasalah ingat pahala amalan kita tidak setimpal syurga Allah. Mulia kita kerana islam dan iman. Rasululah beramalan amat lama sedangkan baginda maksum sebab ingin bersyukur atas nikmat Allah. Sesiapa yg menentang apa yg dibawa oleh rasululah sedangkan ia petunjuk maka Allah akan melorongkannya ke neraka jahanam. Bagi kita yang banyak dosa-kita perlu bertaubat dgn penyesalan bersungguh2. Tinggalkan dosa dan lakukan amalan solat sedekah zikir an amalan yg sempurna. Kita suka dan cinta pada Allah dan rasululah adalah lakukan apa yg Allah dan rasul suka. Jangan tinggalkan amalan yg wajib dan tambahkan yg sunat. Saranan ulama bagi yg kurang kekuatan untuk kita dapat kekuatan amalan ibadat malam..bangun 1 jam sebelum subuh siapkan diri dan solat tahajud. Rasululah tak pernah tinggal tahajud. Orang mukmin itu bersaudara-kasihlah mereka.
fish
Friday, 30 May 2014
Saturday, 24 May 2014
Kuliah subuh 25 May 2014 Utz Kamal
Kita sememang tidak boleh menutup mulut orang2 yg mengata dan menuduh dqn mendusta, hatta juga oleh para nabi. Tetapi kita mampu menunjukkkan akhlak yg baik -ia akan membuktikan tuduhan2 tersebut salah. Contohnya pihak musuh menimbulkan istilah "Islamobia" tetapi ia menimbulkan minat orang untuk mengetahui islam dan dengan contoh tauladan yang baik ramai yang masuk islam. Hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah. Hendaklah kita punya kekuatan sabar. Paa ulama 4 perkara asas yg dapat mengembalikan manusia kezaman kehebatan masa lalu 1) Membangunkan dan memperkayakan ilmu ummah 2) Amanah -perlu ada padq.pemimpin dan rakyat 3) memiliki akhlaq yang hebat dan tauladan yang baik 4) Karisma kepimpinan dan menjaga maruah martabat islam. Orang kaya sebenarnya ramai lnya dlm kegelisahan . Ada gulungan yg me mpunyai 4 watak 1) jahat di balas jahat ..zalim 2) baik dibalas zalim 3) baik dibalas baik -fitrah 4) jahat /zalim dibalas baik-Sunnah.
Friday, 16 May 2014
Kuliah subuh 170514 Dr Prof Habib MatSom-bahaya menurut hawa nafsu
Allah berfirman: "perhatikan org yg mengikut hawa nafsu sebagai tuhannya, Allah akan menyesatkannya kerana Allah tahu dalam hatinya. Kata sahabat nabi- Ibn Abbas-menurut hawa nafsu dan tak menurut kitab & perintah Allah seolah2 menghambakan diri kita kepada hawa nafsu. Orang yg mengikut hawa nafsu-duit, harta, kuasa, bermegah2, wanita, hiburan- dia sebenarnya sentiasa berlumba2 tanpa henti tanpa sedar dan mengambil syaitan sebagai pengadilnya. Kehidupan kita hari ini, telah bertukar dengan sentiasa berlumba2 semata2 untuk duniawi..didunia barat dan jepun keadaan harian yg berebut2 dan berlumba2 seharian. Sesiapa yg menjadikan hawa nafsunya sebagai ikutan dia menjadikan nafsu sebagai tuhannya.. "Ya Allah aku minta jauhi dari mengikuti hawa nafsu". Segala maksiat berpunca dari hawa nafsu. Imam Ghazali berkata "maksiat itu dari hawa nafsu dan dia akan menghantar kamu ke api neraka.". Syaitan sentisa mengula2kan manusia untuk membudak2kan kita menaiki kenderaan maksiat iaitu untuk dibawa keneraka. Kenderaan iman adalah Taqwa akan membawa kita kesyurga. Kata imam ghazali Jika datang 2 perkara untuk kamu pilih dan kau tahu mana yang nak pilih; tinggalkan yang mana dekat dengan hawa nafsu.
Para ulama memandu kita mengenal-sifat nafsu itu 1) bersenang2 2) bermalas2 3) bertangguh2 . Kedudukan nafsu itu jahat kata Luqman Al Hakim kepada anaknya "hai anak ku setiap manusia itu ada hawa nafsu-ia bersembunyi seperti api didalam batu tetapi ia menyala kalau ada yang mengosoknya (menghasutnya) dan ia akan membakar kita." Ingatlah pesanan rasul dan para ulama kita.
Monday, 12 May 2014
Kuliah subuh 130514 Utz Wan Zani
Surah al bakarah #25:
Sesiapa yang tahu kelebihan solat subuh berjemaah dia akan usahakan datang walaupun merangkak.## sambut hari ibu kerana ibu adalah harus tapi jika sambut kerana hari 11 May haram sebab dia sempena Hr Khamis ni 15/5 lunch ok.... hari dewa ibu zaman dulu. " .Ingat tanda kita sayang pada mak bapa dan anak sebenarnya adalah dengan menyelamatkan mereka dari api neraka bukannya dengan pemberian harta. Ingatkan mereka jangan lakukan maksiat, doakan kita, anak2, ibu bapa dan bebaskan dari neraka.". "Wahai tuhan selamatkan umat ini dari kecelakan yang paling besar-iaitu masuk neraka dan dari kebimbangan dan dari keluh kesah ya Allah . Perkenankan doa kami ya Allah". Kita pastinya rasa takut masuk neraka, jika kita Allah selamatkan dan masuk syurga; kita pasti pulà rasa sedih jika ibu bapa, suami/isteri, anak , adek beradek; saudara kita dimasukkan ke neraka. Maka bantulah mereka dengan pesan memesan. Sayangnya Rasul kita nabi Muhammad pada kita ketika nyawa baginda di cabut bersabda"jika beginilah sakitnya ketika nyawa dicabut-kau pindahkan sakit umatku pada ku". Janganlah terlalu sibuk hal dunia sehingga meruntuhkan akhirat kita. Pastikan pesan dan ingatkan diri isteri dan anak2 bina dan peliharalah amal dan agama mu- Allah pasti akan datangkan dunia mu. Allah amat kasih pada kita , sayang nya kita di datangkan AlQuran dan di datangkan rasul , sahabat dan ulama untuk membimbing ..tetapai manusia pilih untuk menyalahi hukum Allah; kita tak bersungguh , acuh tak acuh , mengutamakan yang lain dari yang Allah suruh dan suka. Kita, keluarga kita dan manusia sekarang ini buat terbalik-lebih suka hiburan dan perkara yang melekakan. Kita nak masuk syurga tapi kita buat perkara yang Allah larang dan benci. Ingatlah baik2 masa kita untuk beramal masih sikit; tapi kita nak buat qiamulllail pun susah. Mungkin kita rasa hidup kita lama lagi. Lihatlah ini sekarang datangnya bulan rejab..ada orang tak tahu dan tak indahkan apa rejab syaaban rqmqdan bulan mulia. sedangkan sepatutnya jiwa kita terpanggil untuk memperbanyakkan amal persediaan untuk Ramadan. Surah yusuf #25: orag yg nak masuk syurga kena buat baik, makin hari makin bertambah baik. ...imam ibnu Qaii' buat 3 perkara untuk masuk syurg 1) taubat masa lampau, 2) jangan laku derhaka maksiat, 3) janganbuat perkara yg lara yang sia-sia. Cuba lihat- Jika kita buat baik, akan datang perkara yg baik yg lain begitu juga jika kita buat jahat ia akan menarik kejahatan yang lain. Kita kita baik, hati kita bersih taat pada Allah; Allah akan datangkan kebaikan pada anak2 kita isteri suami kita dan keluarga kita. Jalan2 syurga ayat23: orang yang hatinya tunduk kepada Allah, rumahnya liberal didatangi orang2 miskin dan ulama - dia adalah ahli2 syurga.
Dan segeralah kamu jadikan diri kamu ahli2 syurga dengan meminta ampun dosa kepada Allah; antara perkara2 jalan2 meminta ampun dengan qiamullail; bersedekah? berpuasa ...maka lakukanlah....Allah Allah rabulnallah..Allah Allah wanasbudullah. Ya Allah kaulah tuhan kami ya Allah . Kami mensyukuri nikmat pemberian Mu-banyaknya pemberian mu...janganlah bertangguh.....zikirlah " subhanallah hiwabihamdi subhanallah hil azim -Astagfirullah"x 100--> hadis menghapuskan dosa..zikirlah jangan bertangguh. Surah Al Taubah ayat 100. Jalan syurga jadilah orang yg diredai Allah. Berlumba2lah membuat amal kebajikan untuk mendapat limpahan rahmat Allah. Surah al saf ayat #11-12.." wahai orang beriman nak tak aku khabar kan perniagaan yabg tam akan rugi - beriman pada Allah dan rasul dan berjihad utuk agama Allah dengan harta, jiwa tenaga kamu. Kamu berjihad dan beriman Aku ampunkan dosa kamu dan Aku masukkan kamu kedalam syurga ku". Berpesan pesanlah pada ahli keluarga kita supaya cinta pada Allah ras dan agama kita.
Kuliah magrib Utz Zulkarnain 120514
Org yg mati dan selamat dari fitnah kubur -----> 1) fisabillilah 2).Sabda nabi ada satu surah 30 ayat-surah al Mulk -boleh beri syufaat.di kubur pada orang yg menbaca dan mengamalkan didunia.3) orang muslim yg meninggal pada hari atau malam jumaat-akan terus kealam barzah samada di illiyun or sijjin .Ingat perjalanan kita alam roh- alam dunia- alam kubhr -alam barzah- alam masyar 4) saorang yg dmati dikebumikan di baqi dan 5) org yg mati dqn dikebimikan di maqlah..Cerita nabi menanyakan Aisyah..Apa 3 saat paling sedih 1) ketika jenazah dimandikan 2) apabila jenazah dikapankan 3) bila jenazah yang akan dibawa keluar meninggakan rumah.
Dosa2 yg diseksa kubur 1) adu domba 2) org yg mengumpat, 3) penyebar fitnah 4) makan riba -ASB 5) saksi palsu 6) menyakiti hati 7) menolong perbuatan dosa ...surah as zumar ayat #42.
Saturday, 10 May 2014
Kuliah subuh MJAR Utz Syukor
Negara yg dipenuhi keamanan dan ketenangan dan dirahmati Allah-kata dr Yusof Qardawi-bergantung kepada penduduknya-pemerintah, ulama, rakyatnya mestilah selari ta at kepada Allah. Allah janji akan turunkan rahmat dan rezeki dari langit dan bumi.Contohnya ibarat kerja yang kita buat dalam solat jemaah-imamnya, bilalnya, jemaah hampir dgn imam dll. Seiring sujud rukuk. Ayat alquran "berlakukan kerosakan didaratan atau lautan hasil dari kerja buruk manusia.
Dalam islam setiap individu adalah pemimpin dalam tahap kedudukannya.-diri, keluarga, adek beradek, kawan2 dan komuniti mengajak kepada ketaatan kpd Allah dan mencegah kemungkaran.Islam itu tinggi-kita semestinya juga tinggi akhlaknya. Jika kita menolong agama Allah ; Allah akan menolong kita. Allah mengiktiraf sesaorang ulama atau sesaorang itu kerana ilmunya. Orang yg paling hampir kepada Nabi dan lebih mulia dari para suhada adalah ulama. Ulama muktabar amat takut dan taat kepada Allah.Allah memuji dan memuliakan ulama. Jika kita bukan ulama hendaklah kita mengikuti ulama. Ulama itu mulia disisi Allah sebab mereka mengambil alih kerja nabi dan rasul Allah. Tetapi Allah memberi peringatan tegas kpd ulama supaya jangan jadi ulama yahudi-ulama jahat -yang menyembunyikan ;yang tidak menegakkan dan meyalahi tuntutan Allah seperti ulama yg boleh dibeli. Firman Allah "tiada perkataan yang lebih baik disisi Allah melainkan yang mengajak kepada ketaatan kpd Allah?. Sampaikan dan berdakwahlah-semada dengan perkataan .tulisan atau akhlak. Dakwah itu jihad. Doa "ya Allah Kau perangi antara yg zalim dan yg zalim . Sabda rasul 'jadilah kamu saorang penyampai /pendakwah dan janganlah jadi saorang penghukum. Sayangilah diri , keluarga dan rakan taulan komuniti dengan mengajak mereka kepada kabaikan dan ketaatan kepada Allah. Insyallah Allah akan sayangi kamu.
Kitab.Risalah farxu Ain-Utz Mohd Oleh Solihin
Solat itu adalah doa.kita disuruh doa seawal umur 7 tahun. Doa utama yg kita baca adlah surah al fatihah.kita berdoa sebagai saorang hamba yg hina kepada Allah yg maha agung meminta 'silatulmustaqim'. Imam Ghazali berkata kita meminta dimasukkan didalam silatulmustaqim=dimasukkan kedalam rohani yg tunduk kepada Allah..bermohonlah dengan bersungguh2 roh yg beritikad patuh pada.Allah merendah diri dapat mengikuti orang2 yg berilmu dan soleh dan boleh mengajar kita..fardu ain Doa yg ke 3. 3 tertib fardu ain 1. 2. Berdoa 3. Fardu ain jalan ibadat sempurna. Manusia di arah mencafi guru yg boleh membersihkan hati. Bagaimana nak memasukkan iman didalam hati. Sebab iman tak boleh dimasukkan melalui talian darah. Imam ghazali berkata fardu ain perlulah diusahakan. Rukun islam diambil dari nas hadis nabi yg sohih disampaikan oleh sahabat2 mengenai pertanyaan jibrail tentang kesaksian kita tentang amalan yg diamalkan oleh umat islam. Ulama mensyarahkan kesaksian itu=penyaksian mata hati manusia dqn kembalikan segalanya pada Allah. Allah tuhan yg sebenar dan nabi Muhamad rasullulah. Tanyalah diri kita dah selama bertahun ini islam, adakah kita telah bersaksikan dgn sebenar dan sepenuhnya .