fish

Saturday, 26 July 2014

Kuliah subuh 270714 Utz Syukor Kg Jawa

Kemulian itu milim Allah dan rasulnya dan juga orang2 mukminin. Apakah perasaan kita apabila sampai kepehujung bulan Ramadhan.Nabi dan sahabatnya terasa amat sedih.Allah menjadikan bulan Ramadhan kerana kasih dan rahmatnya pada hambanya dan beri peluang untuk bertaubat dan meningkatkan amal dan masuk syurga. Keistemawaan orang bertaqwa apabila dia memandang Allah dan Allah memandang nya. Janganlah jadi kimpulan ke2..Allah tidak memandang mereka dan dosa tidak terampun dan dibumban keneraka.

Saturday, 19 July 2014

Kuliah subuh 20 july 2014 utz fairuz shah

Bulan Ramadhan adalah bulan al Quran. Paling banyak ayat2 alquran ditutunkan pada bulan Ramadhan. Rahmat dan keampunan dan kesangan Allah pada umat Muhammad dibuan ramadan 70 x ganda ganjaran; sunat diganjarkan wajib, dibuka pintu2 syurga, ditutup pintu neraka, mulut bau kasturi, dan dituru kan al qadr malam yg ganjarannya lebih baik dari 1000bulan. Yg takutnya-ada orang hatinya dihijab, ditutup, sombong takabur dan lupa berserah kpd Allah. Paling takut zahir dan batin dihijab Allah. Kata imam Ghazali untuk mendapat kemanisan dan dibuka hijab. Ada 3 pertanda Allah telah buka hijab 1) khazab kalbi-hati kita suka membuat baik , bersangka baik atas ketentuan Allah. bersangka baik kpd makhluk-manusia, binatang dan alam. Para ulama paling takut jika Allah tutupkan hijab hati tidak ikhlas. Paling utama bersihkan hati sebelum amal. 2) khasaz shamie- Allah membuka hijab mengenai pendengaran. Allah memilih mendengar perkara2 kebaikan -kuliah. Menuntut ilmu-kuliah taskirah -Mendahului yg wajib dari yg sunat. Allah permudahkan me dengar ayat2 al quran. 3) khasad basari-Allah memudahkan dan hijabkan dia memandang perkara2 yg haram. Dan buka pandangan kebaikan, dapat pandang ulama.suka pada orang2 yg buat kebaikan. Suka tenguk isteri/suami dan anak2 dengan pandangan rasa suka dan sayang. Sepintar2 manusia adalah saorang yg sentiasa ingat mati dan berusaha mendapat kecenderungan dari Allah bukannya manusia.

Friday, 18 July 2014

Kuliah subuh 210714 utz Habib MatSom

Sifat manusia sememang suka pada harta, wanita, anak isteri dan kenderaan. Surah Al Imran ada menyatakan hal tersebut, tetapi ayat yang mengikutinya..Allah berfirman mahukah aku khabarkan akan benda yang lebih baik dari itu bagi orang yang bertakwa iaitu Syurga Allah-kekal selama2nya diberi nikmat yg tak jemu2 isteri2 yg suci sungai2 yg menenangkan muda. Orang yang bertaqwa-org yg beriman berdoa dan berkata ya Allah kami telah beriman .sifat org taqwa banyak pohon ampun dan tak kedekut berdoa. Banyak bersabar dlam menjujung perintah Allah. Bersabar dalam bersedekah. Syaitan menjanjikan kefakiran Allah menjanjikan makfirah. Bersabar dalam mencari ilmu.Al Quran 1. Pentunjuk 2. Penerangan- 3. Pemisah dari yg hak dan batil.kita guna dan ikut petunjuk Gps KenPa tak alquran. Ingatlah ketika kita berjuang menjalani ibadat puasa-ingatlah bulan ramadhan jugalah nabi berperang badar. Al fateh menakluki constantinapole dan salihudin menakluki palestin.

Saturday, 12 July 2014

Kuliah subuh 130416 MJAR Dr Lokman

Alhamdullilah syukur kita berada dibulan Ramadan yang barakah dan ganjaran berganda. Besarnya dan tingginya darjat Ramadan Allah sebutnya secara khusus didalam Al Quran. Hakikatnya solat terawih sebahagian daripada solat qiam malam. Juga solat terawih tiada batasan rakaatnya. Cubalah perhatikan sifat solat rasullulah.kyusu dan panjangnya solat nabi walaupun 11 rakaat paanjang hingga ke hujung subuh. Cubalah renungkan setakat ini sudah berapa kali kita menemui Ramadhan. Selama ini kita tahu tak bagaimana Allah terima amalan kita. Walau kita tak tahu, tapi Allah beri isyarat tanda2 amalan diterima-iaitu 1) jika dapat istiqmah berterusan dibulan2 yg lain selepas Ramadhan. Cubalah sama kita teruskan amalan bacaan al quran dan tadarus al quran istiqaah dibulan lain 2) bila bertaubat-dia tidak ulang melakukan lagi dosa /maksiat /kesalahan tersebut dibulan2 lain. 3) bertaubat-Berhijrah ketempat suasana yg lain yg lebih baik.

Saturday, 5 July 2014

Kuliah subuh 060714 Utz Shafie

Bersyukor pada Allah kerana diberiNya sehari lagi dlm islam hidup.tanda kesyukoran kita adalau dgn berazam bersungguh dan beramal dggn objektif fokus yg jelas untuk mematuhi perintah Allah iaitu 1) tingkah laku-akhlak. Bagaimana nak tukar akhlak (behaviour) iaitu dengan menukar mindset atau pemikiran. Atau bahasa dalam hati 2) Perbuatan.-mematuhi perintah Allah. Nak ingin bersihkan hati dan perbuatan adalah dgn perkataaan2 al quran. Tetapi manusia amnya yang penting baginya adalah keinginan nafsunya. Al Quran mendidik kita supaya menukar yang paling penting dalam hidup itu adalah Allah.surah16 ayat31" wahai manusia jgn ambil 2 tuhan. Bagaimana nak tahu tumpuan manusia Al Imran ayat14: syaitan akan berusaha menumpukan manusia kearah kei ginan nafsu. Alquran menumpukan pada Allah. Janganlah sebab keperluan kita menghalang kita dari mengtaati Allah. Sebenarnya keseluruhan kita didunia ini adlah untuk mencapai kejayaan akhirat. Ingatlah dan fahamlah yang dimaksudkan dengan orang yg ingkar itu orang kafir dan termasuk orang islam yg tidak taat kpd Allah. Mindset taqwa adalah punyai dalam fikiran kita satu perkataan "Lailahhalilalah"-tiada apa yg saya cinta melainkan Allah. Itulah erti iman. Kenapa dia penting sebab ia akan mengpengaruhi perbuatan. Lihatlah kualiti diri kita hari ini ramai yg takut melanggar atau menyebabkan boss marah tapi tidak pula takut melanggar perintah Allah. Surah Sad surah 35 ayat 29 "kitab ini diturunkan membawa barakah. Tujuan alquran diturunkan supaya kamu tadabur ( baca, hafal, hayati dan amalkan alquran). Kenapa kita boleh hafal dan fahami resepi kerja dan buat kueh tetapi tak hafal dan fahami resepi Allah. Al Hujarat ayat 12. "Wahai orang beriman jauhi dari perasangka .... Ya Allah bantulah aku untuk menyayangi mu. Ingatlah jika kita betulkan skript hati kita dengaan betul-Allah akan beri hidayat dan bantu   kita. Doa dalam alquran dengan specific"Ya Allah bantulah saya untuk dapat membaca dan menghayati , memahami dan mengamalkan al Quran. berdoalah sungguh2 nak mahir dengan alquran.

Friday, 4 July 2014

Kuliah subuh 050714 Utz Prof Habib Mat Som

Setiap hari kita minta keampunan, minta reda Allah masuk syurga dan jauhi api neraka. Ketahui dlm kehidupan ini kita sentiasa berhadapan dgn dosa dan pahala dan kearah neraka ke syurga. Imam Nawawi berkata kita perlu didik diri supaya suka kepada ilmu yg berkabajikan dan pada ibadat. Juga takut dan harap mudah2an amalan kita puasa solat diterima Allah. Ingat betapa hebatnya manusia dgn harta, pangkat dan kuasa tetapi bila dia ditawan oleh nafsu dan syaitan dia akan hilang kawalan.akan mengikut syaitan dan nafsu untuk meleka2kan,memudah2kan dan mengingkari perkara agama dan perintah Allah. Ibaratnya walaupun seorang jeneral yang pandai, garang dan tangkas apabila ditawan musuh di ikat di tutup matanya di tarik kenan kekiri oleh musuhnya ia akan terpaksa mengikuti  perintah. Imam Ghazali bertanya Allah dan rasulnya telah menceritakan syurga yg indah senang dan kekal tetapi kenapa manusia cinta kepada dunia sedang dunia sementara akan binasa dan hancur. Beribadat dan beramallah sementara nyawa dan kesihatan ada ibarat nya sebelum bateri kita 'kong', mati atau rosak. Ramadhan bulan reformasi dari malas kerajin, dari sikit kpd banyak amal, dari kurang kepda lebih usaha kepada kebaikan. Disyurga nikmat 1. sihat, 2. muda 3. Hidup kekal 4.nikmat- senang tak bosan selama2nya. Alangkah nikmatnya jika kita masuk syurga selama2nya dan Rugi dan malanglah jika kita masuk neraka selama2nya. Ingatlah Nikmat di syurga itu terlalu banyak dan kamu tidak akan jemu2. Maka usahakan lah dan rebutlah nya.