fish
Friday, 29 March 2013
Penenang Jiwa- Utz habib Mat Som 1st April'12
Imam Ghazali berpesan:Perlu ada sifat kanaah,ia itu berpada-pada. Kita perlu menerima apa yang Allah anugerahkan kepada kita seadanya.Perlu ada sifat fakih iatu jangan cemburu dan mengharap harta orang lain dan juga jauhi sifat hasad, dengki, isi hati. Jangan rakus memburu membabi buta. Jangan bergaya terlalu, teruja dengan hidup mewah.
Tanda hidup bahagia sebenarnya adalah rumah yang terasa lapang,rumah yang bercahaya dengan dipenuhi amal bukannya dengan dipenuhi kemalasan dan hiburan.Punyai kenderaan yang baik-selesa dan punyai isteri yang solehan, Selalulah berbaik sangka, Jangan jadi tamak rakus hingga 2 lembah emas pun masih tak mencukupi sehinggalah kita masuk kubur.
Nafsu akan mati bila kita hilang harga diri.Perut manusia tak akan kenyang sehingga diisi dengan tanah. Anologinya seperti dua orang pemburu -saorang sentiasa memburu ilmu manakala saorang pemburu lagi pemburu harta. Pemburu ilmu insyallah akan selamat dengan ilmu yang dimunafaatkannya sementara pemburu harta akan terus melarat dan malang. Sabda Nabi "Manusia akan tua dan beruban namun bersamanya ada 2 hal yang tetap muda iaitu angan-angan dan cinta sangat dunia-harta. Yang penting semangat beribadat dan bersyukur dengan apa yang ada.
Ukuran Rasullulah - "orang yang kaya itu adalah orang yang baik hatinya, pemurah, suka beramal, suka membantu, tak berkira, berakhlak baik. Ingatlah manusia, berhati-hatilah dalam mencari rezeki - jagalah halal dan haram. Hidup ini perlu sentiasa berhati hati ibarat berjalan pada malam hari di dalam hutanyang penuh dengan duri.Melangkah kearah yang betul supaya tak menyesal dibelakang hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment