Mengenai pertanyaan Ngah...Semuga ada pencerahan....
Syaikh
Abdul Aziz bin Abdullah bin Baazrahimahullahditanya mengenai hukum
berdoa meminta agar dipanjangkan umurnya.
Penanya
bertanya:
Apakah diperbolehkan seseorang berdoa meminta agar dipanjangkan umurnya ataukah umur setiap orang telah ditetapkan sehingga tidak ada faidahnya berdoa meminta agar dipanjangkan umurnya?
Apakah diperbolehkan seseorang berdoa meminta agar dipanjangkan umurnya ataukah umur setiap orang telah ditetapkan sehingga tidak ada faidahnya berdoa meminta agar dipanjangkan umurnya?
Jawaban:
Hal itu
tidaklah mengapa, dan yang lebih utama adalah seseorang membatasi doanya
tersebut dengan sesuatu yang bermanfaat bagi orang yang didoakan. Seperti dia
mengatakan “Semoga Allah memanjangkan umurmu dan (kamu dapat memanfaatkannya)
dalam ketaatan kepada Allah, atau dalam kebaikan atau dalam perkara yang diridhai
Allah.”
Telah
diketahui bahwa doa tidak akan menyelisihi takdir, bahkan doa termasuk bagian
dari takdir,sebagaimanaobat, ruqyah dan sebagainya (termasuk bagian dari
takdir).Setiap sebab yang tidak menyelisihi syariat Allah termasuk bagian dari
takdir. Takdir Allah telah ditetapkanpada diri orang yangsakit dan sehat,pada
diri orang yang didoakan dan yang tidak didoakan.Akan tetapi Allah Ta’ala memerintahkan
(kita) untuk mengambil sebab-sebab yang disyariatkan yang diperbolehkan . Dan
Allah juga mengatur segala sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya, dan itu semua
termasuk bagian dari takdir Allah.
Wallaahu
waliyyut-taufiq (Allah-lah sebaik-baik pemberi taufik)
Diriwayatkan daripada Abu Khuzamah RA daripada ayahnya
bahawa dia bertanya nabi SAW, katanya:
Ya Rasulullah, apakah pendapat kamu tentang ruqyah (bacaan
ayat dengan tujuan berubat) yang kami bacakan, atau pun ubat yang kami gunakan
untuk berubat atau sebarang benteng yang kami berlindung dengannya, adakah akan
menolak sesuatu daripada ketentuan Allah? Jawab nabi SAW: Ia adalah daripada
ketetapan Allah. (Riwayat Tirmizi)
9. Selain itu, terdapat juga sebab ma’nawi (abstrak) yang
boleh memanjangkan umur. Ini dapat kita perhatikan dalam beberapa keterangan
nabi SAW. Menerusi beberapa hadith nabi SAW, umur boleh panjang dengan sebab
doa, silaturrahim, berbuat baik dengan ibu bapa dan juga semua jenis amal
kebajikan. Antaranya ialah berkaitan silaturrahim, diriwayatkan daripada Anas
bin Malik RA bahawa dia mendengar nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang suka dibentangkan baginya rezekinya dan
dilewatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim. (Riwayat
al-Bukhari)
10. Manakala dengan sebab amal kebajikan pula, sebagaimana
diriwayatkan oleh Salman RA bahawa nabi SAW bersabda:
Tidak akan ditolak qadha’ melainkan dengan doa, dan tidak
akan bertambah umur melainkan dengan amal kebajikan. (Riwayat Tirmizi)
11. Kesemua sebab dan musabab ini telah ditetapkan dan
ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla yang juga tidak akan berubah sebagaimana
semua ketetapan yang lain. Ia hanya diketahui oleh Allah SWT yang maha
mengetahui. Inilah kefahaman daripada firman Allah SWT dalam surah Fatir ayat
11 bermaksud:
Dan tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang,
juga tidak pendek umurnya, melainkan ada di dalam Kitab. Sesungguhnya yang
demikian itu mudah sahaja kepada Allah.
12. Imam al-Baihaqi (458H) menyatakan tentang ayat ini:
Dan maknanya dalam ayat ini ialah bahawa sesungguhnya Allah
Azza wa Jalla telah menuliskan sesuatu yang bakal menimpa seseorang hamba daripada
bala’, halangan, kematian dan sebagainya. Dan sesungguhnya sekiranya dia berdoa
kepada Allah SWT atau mentaatiNya dalam perkara silaturrahim dan sebagainya,
tidak akan mengenainya bala’ tersebut, dan Dia akan memberikannya rezeki yang
banyak,dan memanjangkan umurnya. (al-Baihaqi, al-Qadha’ wa al-Qadr)
Maksud panjang umur
13. Walaupun dalam beberapa hadith yang menyebut secara
jelas dan terang akan umur yang menjadi panjang dengan sebab musabab maddiy dan
ma’nawi, namun terdapat sebahagian ulama’ yang menta’wilkan maksudnya kepada
bertambahnya keberkatan, bukan panjang umur yang sebenar. Ini sebagaimana yang
dinyatakan oleh Imam al-Nawawi (676H), katanya:
Dan para ulama’ menjawab dengan jawapan yang betul,
antaranya ialah bahawa bertambah (umur) di sini maksudnya ialah keberkatan pada
umurnya, dan bertepatan untuk ketaatan, dan waktunya yang makmur dengan sesuatu
yang memanfaatkan pada hari akhirat, serta terpelihara daripada hilang sia-sia.
(al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ‘ala Sohih Muslim)
14. Namun, bagi sebahagian ulama’ lain, mereka menegaskan
bahawa maksud panjang umur sebagaimana di dalam hadith adalah dengan maksud
sebenar. Mereka menyatakan bahawa keberkatan juga adalah perkara yang tetap
sebagaimana umur. Jika mereka menta’wilkan panjang umur kepada keberkatan dalam
umur kerana umur adalah tetap dan tidak berubah, maka begitu juga dengan
keberkatan, ia tetap dan tidak berubah. Jadi maksud yang sebenar adalah memang
panjang umur hakiki bukannya keberkatan. Imam al-Qarafi (684H) berkata:
Bahkan yang sebenarnya ialah bahawa Allah SWT menentukan
bagi seseorang enam puluh tahun berdasarkan kepada sebab-sebab biasa, daripada
makan, bernafas dengan udara, dan Dia menetapkan baginya dua puluh tahun yang
lain berdasarkan sebab-sebab ini (ma’nawi), dan silaturrahim. Apabila Allah SWT
menjadikannya sebab, boleh disebutkan bahawa sesungguhnya ia (sebab ma’nawi)
menambah (memanjangkan) umur secara hakiki. (al-Qarafi, al-Furuq).
15. Apabila meneliti pendapat yang kedua iaitu panjang umur
dengan maksud hakiki dan sebenar, bukannya dengan ta’wil, ia lebih selamat dan
sesuai kerana ia menjadi galakan yang kuat untuk kita melakukan semua sebab
ma’nawi yang dinyatakan. Selain ia juga tidak bercanggah dengan ketetapan ajal
kematian apabila sampai masanya, ia mendorong kita agar memastikan silaturrahim
terjaga, kita akan berbuat baik dengan kedua ibu bapa, kita akan
memperbanyakkan amal kebajikan, bahkan kita tidak akan meninggalkan berdoa agar
umur kita boleh menjadi lebih panjang. Imam al-Bukhari (256H) mengkhususkan
dalam kitabnya satu bab yang bertajuk: Bab doa nabi SAW kepada khadimnya agar
panjang umur dan banyak hartanya, kemudian menyatakan hadith yang dimaksudkan
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa:
Berkata ibuku: Ya Rasulullah, khadim (yang berkhidmat) kamu
Anas, doakanlah sesuatu untuknya. Nabi pun berdoa: Ya Allah banyakkanlah
hartanya dan anaknya, dan berkatilah apa yang Engkau berikan kepadanya.
(Riwayat al-Bukhari)
16. Kesimpulannya, ambillah sebab musabab yang boleh memanjangkan
umur, kerana semuanya adalah perkara yang baik. Jika diizinkan Allah Azza wa
Jalla dengan panjang umur dan berterusan dengan amal kebaikan, maka itulah juga
maksud keberkatan yang kita inginkan.
Anhar Opir
3 Rabi’ al-Awwal 1433H
Sweileh, Amman
No comments:
Post a Comment