Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam
Yusuf Al-Qaradawi
a) Salah satu nilai rabbani (Ketuhanan) paling utama dalam islam.
b) Menetapkan bahawa manusia bukannya pemilik harta tetapi hanya diberi
kuasa untuk memunafaatkan harta Allah.- Nilai yang memastikan adanya unsur
rabbaniyyah didalam sistem ekonomi Islam.
c) Orang muslim yakin dianya makhluk tuhan, bekerja di bumi Allah, kemampuan
diberi Allah, dan peralatan kurnian Allah, sekiranya mendapat hasilnya, itu
adalah harta Allah
Memahami konsep pemberian kuasa kepada manusia untuk digunakan harta Allah
(istikhlaf) kita perlu menkaji dan kembali pada dalil-dalil daripada Al Quran
dan As –Sunnah.
Dasar Kepada Konsep Istikhlaf
a) Allah maha agung adalah Pemilik yang hak.
b) Allah itu ”Al Maliki” yang memiliki
seluruhnya - bumi, langit, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-batan dll.
c)
Firman
Allah (Surah an-Najm 53:31)
Terjemahnya
”Dan hanya kepunyaan Allahlah apa yang
ada dilangit dan apa yang ada dibumi”
(Surah
Taha 20:6)
Terjemahannya: “Kepunyaan Nyalah semua yang dilangit dan
semua yang dibumi, semua yang diantara kedua-duanya dan semua yang dibawah
tanah.”
(Surah
Yunus 6:66)
Terjemahannya: “Ingatlah sesungguhnya milik Allah semua
yang ada dilangit dan semua yang ada dibumi”.
d)
Dalil
Allah memiliki secara mutlak (tiada perkongsian walaupun hanya sebutir zarah)
(Surah
Saba 34:22)
Terjemahannya:
Allah tidak hanya memiliki, Dia juga berkuasa terhadap ciptaanNya
(
Surah az Zumar 39:62) Terjemahannya ”Allah
menciptal\kan segala sesuatu dan memelihara segala sesuatu”
(Surah
Al Furqan 25:2) terjemahannya: ”Dan Dia
telah menciptakan segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-ukuran nya dengan
sebaik baiknya”.
( Surah al Hajj 22:73)
e) Allah nenciptakan dan mengembangkan ciptaanNya.
f) Di dalam proses pengeluaran / produksi: manusia mengolah bahan-bahan
ciptaan Allah. Allah jua yang menjadikan manusia berkuasa terhadap bahan-bahan
tersebut:-
Pakar ekonomi berkesimpulan ”pengeluaran itu bukannya
proses mencipta benda, tetapi adalah proses kegunaan dan manafaat daripada
benda-benda yang sedia ada”
g) Usaha manusia dalam bidang pengeluaran adalah satu proses untuk mengubah
kedudukan tempat asal bahan bahan mentah tersebut. Contohnya eksploitasi ,
pembungkusan, penyimpanan, pembekuan atau mencairkan, mengukir sehingga ia
menjadi satu bentuk yang lain. Bahkan dalam bidang pengeluaran yang baru &
revolusional contohnya penemuan- penemuan saintifik dalam bidang pertanian,
perternakan dan sebagainya.
h) Ahli falsafah ekonomi menetapkan bahawa tugas
manusia dalam pengeluaran hanyalah mengubahsuai dan menukar kedudukan benda
–benda yang sudah sedia ada.
i) Perlu sentiasa di tanya didalam proses melaksanakan pengubahsuaian;
- Siapakah yang memudahkannya jalannya?
- Siapakah yang menganugerahkan kemampuan untuk melakukannya?
- Siapakah yang membantunya dengan segala faktor?
...Dialah tuhan
yang menciptakan dari tiada kepada ada, dan dari tak tahu kepada
tahu.
j) Banyak contoh baik untuk menyokong keyakinan kita iaitu-
Manusia menabur benih dan usaha membela pokok dan buah
berbanding Allah mencipta alam, bumi dan segalanya, Juga baik juga difikirkan
manusia tidak dapat berbuat apa-apa tanpa akal anugerah tuhan dan tidak
dapat manusia lakukan apa-apa tanpa
anugerahNya kekuatan fizikal dan emosi.
Dalil nya ( Surah al-Waqiah 56:63-70); ( Surah ’Abasa
80:24-28) , Yasin 36-33-35)
k) Selain pertanian, Pekerjaan Allah juga merangkumi segala segi dan bidang
kehidupan, contohnya dalam bidang industri, penggunaan bahan mentah kegunaan
industri seperti bijih, besi atau kelapa
sawit , bahan-bahan bakar seperti minyak, gas dan arang batu( Dalilnya Surah al
Hadid 57:25)
….istilah kami turunkan besi...membawa erti Allah
menciptakan
l) Manusia mengetahui selok belok industri berdasarkan ilham dan ajaran Allah
, sebelum itu manusia tidak tahu.
Gambarannya dalam al Quran tentang Nabi Daud ( Surah
al-Anbiya 21:80)
m) Kesimpulan dari keterangan diatas:-
i. Harta adalah rezeki dari Allah diserah kepada manusia sebagai keutamaan dan
kurnia daripadaNya.
Manusia perlu sentiasa mengingati kuasa Allah dalam
mencipta dan memberi bantuan.
Sebagai hamba Allah diwajibkan membelanja sebahagian
harta dijalan Allah.
(Al Baqarah 2:254 dan 2:3)
ii. Seluruh harta adalah milik Allah, manusia diberi kuasa (Mustakhlaf) untuk
memanafaatkannya atau petugas yang diamanahkan untuk mengembangkan,
menginfakkannya dan memanafaatkannya.
( Surah An-Nur 24:33) ;
(AL Hadid 577:7) ” Terjemahannya : Dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan
kamu menguasainya.
Hakikatnya Manusia bukan pemilik kepada hartanya tetapi
merupakan wakil dan khalifatul Malik ( ynag diberi kuasa oleh pemilik yang
mutlak) iaitu Allah.
Pendapat Para Ulama kita
a) Pengarang tafsir al Kosshaf menberi ulasan firman Allah
( Surah Al Hadid 5:7) Terjemahannnya: Dan
nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu
menguasainya...
i. Ayat ini bermaksud bahawa harta yang ada di tangan mu merupakan harta
Allah kerana Ia mencipta dan meujudkanNya, Allah menjadikan kamu sebahagian
khalifahNya yang berhak untuk menggunakannya; iaitu kedudukan kamu sebagai
wakil. Maka belanjakan harta tersebut untuk menunaikan hak-hak Allah.Ringankan hati mu berbelanja seperti
ringannya hati sesaorang yang dibenarkan membelanja harta orang lain.
ii. Dalam membelanjakan harta manusia terikat
dengan kehendak Allah sebagai pemilik harta yang sebenar.
Ia itu tugas orang yang diwakilkan untuk melaksanakan
kehendak yang mewakilkan nya. Tidak ada sama sekali memakai untuk hak peribadi
atau mengikut kehendak hawa nafsunya sendiri.
Mengingkari nya seperti kesilapan dalam memikul amanah
dan tidak layak dipanggil khalifah.
Orang kaya yang bakhil yang beranggap harta dirinya
sendiri, maka wajiblah hukuman dan siksa Allah.
Tersebarnya Konsep Istikhlaf
Hadith Qudsi yang tersebar luas: bahawasanya Allah Taala berfirman
Maksudnya: ”Harta adalah
hartaKu, Kaum fakir miskin adalah keluargaku dan orang orang kaya adalah para
wakil-ku.Jika siapa wakil-ku (bersikap) bakhil terhadao keluarga Ku, nescaya aku
timpakan malapetaka kepada mereka, dan Aku tidak memperdulikan mereka lagi”
a) konsep instikhlaf memiliki dasar yang bersumber daripada Kitabullah dan
Sunnah Rasullulah.
Kesan Konsep Istikhlaf terhadap kehidupan Ekonomi dan
Sosial
Diantara isi dan realiti perlantikkan manusai sebagai pemegang harta Allah
adalah
a) Dapat mengekang perasaan berlebihan serta menahan daripada mengakui milik
harta tersebut.
·
Dinding dari sikap
sombong dan takabur
·
Memahami konsep
sesaorang muslim tidak dapat dipengaruh oleh harta.
·
Penamaan hak pemilikan
adalah sebagai istilah kiasan untuk memudahkan sistem menjaga dan membelanja.
b) Dianatara intisari konsep istikhlaf: Jatuhnya nilai harta dalam pandangan
sesaorang menjadikan ringan baginya berderma.
(Surah a; Hadid 57:10) Terjemahannya: Dan mengapakah kamu tidak menafkahkan sebahagian harta mu) pada jalan
Allah pada hal Allah lah yang mempunyai pusaka langit dan bumi”
c) Diantara kesannya:
·
Menjadikan para hartawan
menerima dengan mudah perintah Allah,
·
Dalam undang undang Syariah
berkenaan peraturan harta menerima dengan tenang hati perintah Allah dan
tidak akan bangkang atau berusaha melarikan diri darinya.
d) Bersamaan seperti kaum mukminin pada zaman nabi ialah pertanyaan saorang
pegawai baru diamanahkan memegang tabung
amanah-Apa yang haruskan dilakukan dengan harta dibawah tanggungannya?, Kepada
siapa dia boleh membelanjakannya?,berapa
banyak dia diperboleh untuk membelanjakannya.?
e) Surah Al Bakarah yang menyebut satu soalan yang di ulang dua kali: Mereka
bertanya kepadamu tentang apa yang
mereka nafkahkan?
·
Jawapan soalan pertama (
Surah al- Baqarah 2:215).
·
dan jawapan bagi soalan
kedua mengenai tentang kadar yang harus mereka infakkan adalah (al Baqarah
2:219)
f) Dianatara hasil daripada konsep Istikhlaf ialah
·
ia memberikan sandaran dan dasar hukum kepada
pihak kerajaan Islam untuk mengutip cukai terhadap gulungan yang patut
membayarnya untuk dimunafaatkan dan memenuhi keperluan hamba Allah yang
berhajat dan merealisasikan kesejahteraan am bagi agama dan negara.
Alasan utama kerajaan menetapkan cukai adalah bahawa ia
hanya mengambil sebahagian daripada harta Allah untuk diagihkan kepada keluarga
Allah dan untuk digunakan dijalan Allah.
·
Diantara hasilnya:
Memberikan hak dan kuasa pengawalan kepada sekumpulan orang-orang mukmin untuk mengawasi
golongan orang-orang kaya dalam menggunakan hartanya.
Allah sebagai Pemilik asal harta mengharamkan orang
yang tidak menjaga peraturan penjagaan harta dan menghabiskan hartanya dengan
berpoya –poya. ( Surah an-Nisa 4:5)
Didalam bab Mualamalah dalam bab al Hajr (bab pencegahan
sesaorang dari menggunakan harta) – Pencegahan dari menggunakan hak orang lain
seperti mencegah orang muflis dari terus berhutang, orang kurang siuman.
·
Dapat memperkuat jiwa
& semangat orang-orang miskin untuk
menuntut hak daripada orang kaya atau
kerajaan.
Kedudukan orang kaya
seperti saorang penjaga yang memegang tabung amanah milik jemaah. Orang miskin
tak sepatut rasa lemah, papa dan hina dihadapan orang kaya.
Ucapan Ochest
Kunt
Digelar bapa ilmu Social ( sebenarnya Ibn Kaldun)
a)
Intisari ucapan
masyhurnya yang diucap berabad abad: ”Sesungguhnya
kekayaan itu adalah salah satu tugas kemasyarakatan dan orang kaya adalah saorang pegawai yang
diserahkan untuk memegang jawatan tertentu
dalam tugas itu.; jika dia menunaikan
tugas dan tanggungjawabnya, dia boleh terus dikekalkan atau naik pangkat,
sebaliknya jika tidak jatuhlah hukuman terhadapnya. dengab tugas itu”.
b) Penjelasan AlQuran didalam menerangkan tugas orang kaya:
(Surah al-Hadid 37:7) ”Dan nafkahkanlah sebahagian daripada harta
mu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya”
c) Orang kaya bertangungjawab untuk mengembangkan dan menginfakkan harta
yang diamanahkan,
d) Tidak boleh diremehkan atau dibazirkannya atau kedekut.
e) (Surah Ibrahim 14:7) berkenaan tanggungjawab orang kaya
Hukum Orang Kaya
Yang Tidak Menunaikan hak Istakhlaf.
.
a) Hukuman daripada Allah terbahagi kepada pelbagai bentuk
·
Hukuman Takdir yang
dikawal sepenuhnya oleh AllahYang Maha Tinggi.
Hukuman Takdir diturunkan misalnya dengan merampas
harta atau memusnahkan harta sesaorang.
Hadith yang Marfu’ berkenaan diriwayatkan
oleh al Tabarani)
”Allah akan sentiasa (memenuhi)
hajat sesaorang hamba selama dia memenuhi
hajat saudaranya”.
·
beberapa hadith sahih
lagi yang berbangkal kepada firman Allah Taa’la ( surah al Anfaal 8;53)
·
”Allah sekali kali tidak akan merubah nikmat yang telah dikurniakanNya
kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri.”
·
AlQuran menceritakan
peristiwa orang kaya yang tidak cekap menjalankan tugas istikhlaf terhadap harta
Allah.seperti kisah Qarun yang diperdaya harta kekayaannya.Dan kisah dua orang
pemilik kebun dalam surah al Khafi.
·
Hukuman yang dijatuhkan
oleh ulil amri (pemerintah) dari kalangan muslimin, dilaksanakan oleh masyarakat islam yang memiliki perpaduan kuat. Seruan
perlaksanaannya dalam al Quran surah al-Nisa’ 4:5) terjemahannya
”Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya
harta yang dijadikan Allah sebagai asas kehidupan. Berikan kepada mereka belanja
dan pakaian dan ucapkalah kepada meraka kata-kata yang baik”
·
Terdapat hukuman
bersifat hukuman badan seperti hukuman dera terhadap orang yang
membelanjakan hartanya untuk meminum arak atau membeli dadah.
·
Hukuman disiplin
(Ta’dip) terhadap lelaki yang membelanjakan hartanya untuk memakai kain
sutera atau emas.
·
Hukuman Ta’zir (
celaan ) yang diserahkan kepada Imam atau kadi kepada orang yang memiliki
pinggan mangkuk atau patung yang diharamkan.
Pada zaman ini sepatutnya jenis-jenis hukuman ini sepatutnya
sudah boleh disusun berdasarkan undang undang hukuman.
3. Terdapat
hukuman akhirat yang lebih dahsyat dan lebih menghinakan
(Surahat Takathur 102:8)Terjemahannya: Kemudian kamu pasti akan disoal pada hari
itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan didunia)
·
Allah akan menghukum
setiap orang yang menyelewengkan harta itu dari syariat dan petunjukNya dengan
azab yang pedih.
No comments:
Post a Comment