fish

Tuesday, 26 August 2014

Mengenal Allah kuliah Magrib 26Aug. Utz Alif Solehin

SampurnKan  2 tuntutan 1) mengenal Allah 2) mencintai Allah. Kita mesti mengenal Allah didunai nanti Allah akan mengenali kita di akhirat. Tanda mengenai dan mencintai Allah mula2 dengan cintai ibadat. Berizlah dan mengzahirkan cinta pada Allha dan kekasih Allah. Kita mezfi ushaka mencintai kekasih2 Allah dan para sahabat dan ulama.-belajar tentang mereka riwayat kehidupan mereka.

Sunday, 24 August 2014

4 perkara asas..menuju Allah. Kuliah magrib 24 Aug 2014

Kaitan Ramadhan dan syawal...Jangan jadika diri kita hipokerit. Perlu ada
4 perkara asas perjalanan kita kembali kepada Allah1)Istiqamah: Melakukan sesuatu secara berterusan setiap amalan aktiviti amalan berterusan dan konsisten. Erti istiqamah ia.melakukan sesuatu amal ikhlas bukan disebabkan orang . Kita mampu meneruskan melakukan amal soleh walaupun bersendirian atau secara sembunyi2an.  2) selepas syawal masuk bulan zulqaedah-- maknanya bulan umat menginsafi dan kembali menemui Allah. Jiwa yg dtg menemui Allah dtglah dgn penuh perasaan .tanamkan azam dan mohonlah, munajatlah kepada Allah. Bulan ini peluang utk membersih hati .kata nabi barang siapa melakukan haji mengikut peraturan2nya dan tidak melakukan sesuatu yg menyalahi, dia akan balik seperti bayi dan bersih segala2nya. Sesiapa yg akan pergi keMekah ..bersihkan hati, jangan berbelah bagi berdolak balik. Pergi dgn harta yg halal. 3) Dalam kita beragama apakah sendi kekuatannya...fisikal -badan wajah harta benda -lihatlah pasti kita makin lama kadarnya makin menurun dan aka hilang dengan mudah dan pasti satu masa khasnya tua akan hilang. Tunjang sendi kekuatan kita sebenarnya pada.ilmu agama yg kita cari,  pelajari dan amalkan. Hadis nabi "Jadilah kamu orang alim atau org yg mengajar ilmu atau belajar ilmu atau suka /mendengar  pada majlis ilmu dan janganlah kamu jadi gulungan ke 5 yg tak pengajar, tak belajar dan tak juga suka mendengar majlis ilmu...". Saorang ayah ibu bertanggung jawab memberi dan mengajar ilmu kpda anak anaknya. Dgn ilmulah kekuatan yg abadi. Allah akan mengangkat darjat org yg berilmu.ilmu menjadikan hati kita bercahaya. 4) Konsisten sayangkan islam menebal sampai bila2. Ambil berat , ambil kesah tentang islam.Barang siapa yg tidak ambil berat dan tak peduli tentang islam dan perihal orang2 islam ; Dia bukan islam yang sebenar.

Thursday, 21 August 2014

Doa hari jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ceramah khas 21 Aug Utz Khairul Tgganu

Katq Syaiful Islam saorang ulama....sebenarnya apabila kita buat dosa dqn maksiat kita menganyaai diri kita sendiri. Katakan kpd hamba ku yg buat kesilapan..Jangan putus asa dpam meminta keampunan. Hanya Allah saja yg boleh mengampun semua dosa. Hendaklah kamu segera minta ampun bertaubat diatas kesalahan dan keterlanjuran kita. 2) Minta ampun dgn sering mengucap "istigffar ...astagfirullah. janji Allah sesiapa yg minta taubat 1) azab tidak dtg segera 2)setiap yg minta ampun ia satu kenikmatan yg amat sangat 3) Allah menurunkan rezeki meningkatkan harta dan banyakkan zuriat. .....Nak hapuskan dosa ..hadis majlis ilmu, jumpa para ulama, doa masa sahur , bangun tengah malam.

Friday, 15 August 2014

Kuliah subuh Utz Dr Habib Mat Som

Dalam kehidupan kita ini usahakan lah dan doalah untuk dapat reda Allah dan syurga. Zikir dan ingatlah Allah setiap masa samada lapang atau sibuk siang dan malam. Erti Allah reda kepada manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada manusia.Nikmat paling besar di syurga adalah dapat memandand atau melihat Allah swt. "Pandanglah dan lihatlah ibu bapa anda dengan pandangan sayang dan belas".  Ahli syurga mendapat 3 hadiah dari Allah 1) suatu yg indah kesenangan yg tak pernah terbayang dan terdengar 2) salam dari Allah ) aallh redaa padanya..itulah yg lebih besar dan Keuntungan yg Sempurna. Nabi Saw bertanya sahabat "apa bukti kamu beriman".  1.Sabar bila ditimpa bala  2. Bersyukur 3. Reda". Kita perlu banyak mujahadah.pada dirinya dan banyak bersyukur. Pesanan imam Ghazali "Jangan latih anak2 kita dengan kesombongan kebendaan dan kekayaan". Sesiapa yg rela dgn rezeki yg sedikit , melakukan apa yg Allah reda ,Allah reda dgn nya, bahagialah hidupnya. Ingatlah apabila Allah reda pada kita, kita akan diuji.

Monday, 11 August 2014

Husnulhatimah

Sesiapa yg berpuasa dan bersedekah kerana mengharap melihat wajah Allah. Dia  akan melihat wajah Allah. Perlu merancanakan Husnul hatimah -buat sesuatu niat kerana Allah 1) solat puasa zakat 2) dlm ikhram 3) sabar dan mati di madinah -wajib safaat 4) solat dan dpt taqbir pertama takbiratulikhram 40 hari.
5) akhor puasa dgn puasa.
Nak dpt husnul fatimah....
Doa selalu ..dan solat jemaah dlm takbir pertama.
Rencanakan taubat dan wasiat sblm mati.

Sunday, 10 August 2014

Ingatlah...

SINGA,TIKUS,ULAR DAN LEBAH MADU

Suatu malam seorabg lelaki bermimpi, didalam mimpinya seekor singa mengejarnya.lelaki itupun berlari sekuat hati ke sepohon pokok besar.tanpa berlengah dia memanjat dan duduk di dahan paling tinggi..dia memandang ke bawah..singa tidak berganjak menantinya di bawah pokok itu..

Kemudian lelaki itu menoleh kesebelah pada pangkal dahan itu ada dua ekor tikus...seekor putih dan seekor hitam.sedang mengelilingi  dahan tempatnya duduk dan menggigit dahan tersebut.pasti! Tidak lama lagi dahan itu akan patah dan jatuh.Dalam keadaan cemas lelaki itu sempat menjeling kebawah,bukan saja ada singa tapi juga seekor ular hitam yang besar sedang mengangakan mulutnya.ular itu benar2 berada di bawah tempatnya duduk...andai kata dahan tempatnya berpaut patah sudah tentu dia akan terus masuk ke dalam mulut ular.

Didalam kegelisahannya ria memandang keatas,mencari kalau2 ada dahan yang lebih kukuh untuk dia berpaut.Tiba- tiba dia terpandang dahan diatas kepalanya ada sarang lebah madu yang penuh dengan madunya.Beberapa tetes madu menitis dari sarang itu,lelaki itu tertarik dan teringin untuk merasai madu itu.Dijelirnya lidahnya dan dapatlah dia merasai madu yang menetes dari sarang lebah itu.

Wau,sedap! Hatinya berbunga riang.dia ingin menikmati lebih banyak lagi madu,semakin banyak ditelan semakin sedap hingga dia lupa pada bahaya yang sedang menantinya...

Kemanisan madu menyebabkan dia lupa pada dua ekor tikus yang sedang menggigit dahan tempatnya duduk.pada ular besar yang sedang menanti untuk menelannya dan pada singa yang setia menantinya dibawah.tiba- tiba dahan tempat duduknya patah.pada ketika itu baru dia teringatkan bahaya yang sedang menantinya .lelaki itu terjaga dari tidurnya...

Keesokan harinya dia bertemu dengan seorang alim untuk bertanyakan akan maksud mimpinya.Orang alim itu berkata " singa itu adalah kematian kamu.ia akan sentiasa mengejarmu ke mana saja kamu pergi.Dua tikus hitam dan putih adalah siang dan malam.Hitam adalah malam.putih adalah siang yang sentiasa silih berganti menarikmu semakin hampir pada kematian.Ular hitam besar yang sedang mengangakan mulutnya adalah kubur kamu.kubur yang sentiasa menantimu sampai tiba saatnya kamu di kebumikan.

Manakala sarang lebah itu adalah dunia n kemanisan madu yang menetes itu adalah kemewahan dunia.kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan.Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi.Akhirnya kita hanyut didalam kemewahan serta kemanisan dunia.Kita lupa tentang masa yang berputar,kita lupa tentang kematian begitu hampir dan kita lupa tentang kubur yang menanti dan memanggil...

Jadikan cerita ini peringatan n iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik...carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemunya ...

Tak salah andai kita ingat mengingati... agar ia boleh menjadi panduan dan peringatan bersama...