fish

Sunday, 24 August 2014

4 perkara asas..menuju Allah. Kuliah magrib 24 Aug 2014

Kaitan Ramadhan dan syawal...Jangan jadika diri kita hipokerit. Perlu ada
4 perkara asas perjalanan kita kembali kepada Allah1)Istiqamah: Melakukan sesuatu secara berterusan setiap amalan aktiviti amalan berterusan dan konsisten. Erti istiqamah ia.melakukan sesuatu amal ikhlas bukan disebabkan orang . Kita mampu meneruskan melakukan amal soleh walaupun bersendirian atau secara sembunyi2an.  2) selepas syawal masuk bulan zulqaedah-- maknanya bulan umat menginsafi dan kembali menemui Allah. Jiwa yg dtg menemui Allah dtglah dgn penuh perasaan .tanamkan azam dan mohonlah, munajatlah kepada Allah. Bulan ini peluang utk membersih hati .kata nabi barang siapa melakukan haji mengikut peraturan2nya dan tidak melakukan sesuatu yg menyalahi, dia akan balik seperti bayi dan bersih segala2nya. Sesiapa yg akan pergi keMekah ..bersihkan hati, jangan berbelah bagi berdolak balik. Pergi dgn harta yg halal. 3) Dalam kita beragama apakah sendi kekuatannya...fisikal -badan wajah harta benda -lihatlah pasti kita makin lama kadarnya makin menurun dan aka hilang dengan mudah dan pasti satu masa khasnya tua akan hilang. Tunjang sendi kekuatan kita sebenarnya pada.ilmu agama yg kita cari,  pelajari dan amalkan. Hadis nabi "Jadilah kamu orang alim atau org yg mengajar ilmu atau belajar ilmu atau suka /mendengar  pada majlis ilmu dan janganlah kamu jadi gulungan ke 5 yg tak pengajar, tak belajar dan tak juga suka mendengar majlis ilmu...". Saorang ayah ibu bertanggung jawab memberi dan mengajar ilmu kpda anak anaknya. Dgn ilmulah kekuatan yg abadi. Allah akan mengangkat darjat org yg berilmu.ilmu menjadikan hati kita bercahaya. 4) Konsisten sayangkan islam menebal sampai bila2. Ambil berat , ambil kesah tentang islam.Barang siapa yg tidak ambil berat dan tak peduli tentang islam dan perihal orang2 islam ; Dia bukan islam yang sebenar.

No comments:

Post a Comment