fish

Thursday, 28 March 2013

EKOMOMI YANG BERAKHLAK-Qardawi


Salah satu ciri khas yang membezakan sistem islam dengan sistem-sistem lain ialah sistem Islam tidak pernah memisahkan ekonomi dengan akhlak. Sebagaimana ilmu dengan akhlak dan politik dengan akhlak atau peperangan dengan akhlak.

a)    Akhlak menjadi penjalin penopang kehidupan islam.
b)    Risalah Islam dikenali sebagai risalah akhlaqiah.
Hadith nabi ”sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”.
c)  Islam tidak memisahkan agama dengan negara atau jasmani dengan rohani. Sebaliknya menyeru kepada penyatuan kedua-duanya.
d)   Islam tidak menerima kehidupan amalan Eropah yang memisahkan kehidupan agama dan dunia.Dan konsep        kapitalisma yang memisahkan ekonomi dengan akhlak.
e) Sistem-sistem lain sangat mengutamakan keuntungan ekonomi meski pun mengadaikan hal akhlak dan keimanan.
f)     Dalam islam perpaduan antara ekonomi dan aklak jelas sama ada dalam pengeluaran, pengedaran dan penggunaan.
g)    Setiap muslim terikat dengan keimanan didalam setiap kegiatan ekonomi. Samada dalam mencari harta, mengembangkannya dan dalam membelanjakannya.
h)     Begitu juga masyarakat muslim terikat dalam batasan aqidah dan nilai-nilai akhlak yang luhur dalam bidang pengeluaran, pengedaran, urusniaga dan penggunaan barang-barang yang dihasilkan. Disamping keterikatannya dalam undang-undang islam dan hukum shari’atnya.

Beberapa contoh yang berkaitan perkara diatas:_

i)      Adalah tidak halal bagi kaum muslim menggalakkan perlancongan dan mendapat harta wang asing dengan cara mengizinkan arak dan menghalalkan benda-benda yang haram atau mendirikan kelab-kelab tarian/malam dan kemaksiatan. Perkara ini boleh diambil teladan dari peristiwa pengumuman pengharaman kerja haji bagi kaum musyrik oleh Nabi S.A.W. pada tahun 9 Hijrah untuk membersihkan Majlis Haram daripada kekotoran tradisi menyembah berhala. Hal ini sememang merupakan kerugian ekonomi besar untuk kaum Muslimin, tetapi mereka sabar demi kesempurnaan iman mereka.  Keyakinan Allah –lah yang akan memberi kekayaan dan keutamaan jika Dia menghendakiNya.
Allah berfirman (Surah at-Taubah 9:28)

ii)      Pada zaman jahiliah, orang Arab memaksa hamba wanitanya memberikan hasil pendapatan harian meski-pun dengan cara perlacuran atau melakukan perzinaan dengan terang-terangan. Selepas kedatangan Islam wanita-wanita tersebut menolak perbuatan keji itu sebagai mata pencarian, Firman Allah
         (Surah An Nur 24:33) Terjemahannya: Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan perlacuran,sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi.

iii) Allah memerintahkan kaum muslimin untuk berhenti dari seluruh perkerjaan jika mereka mendengar azan pada hari jumaat. Walaupun pada zahirnya kesinambungan proses jual beli pada setiap masa boleh memberikan keuntungan yang banyak. (Surah Al-Jumu’ah 62:9)
Al Quraan mencela sikap sesetengah orang yang tetap sibuk dalam kegiatan jual beli dan mengutamakan perniagaan diatas kewajiban solat.

j)      Walaupun pengizinan perniagaan berkaitan arak (khamar) pada zahirnya memberikan manafat ekonomi yang besar seperti penanaman anggur, kilang pemprosesan dan keluasan perniagaan antarabangsa; namun al Quran menyuruh kita melupakannya memandangkan bahaya jasmani dan rohani hasil dari kesan arak didalam kehidupan keluarga dan bangsa, agama, akal, akhlak dan budi pekerti.
Oleh itu Islam tidak memperduli keuntungan ekonomi bersifat sementara.
k)    Judi: Serupa arak (Khamar) yang terdapat manafaat yang bersifat sementara seperti hiburan, mengisi kekosongan , perasaan suka dan mendapat harta tanpa susah payah, namun al Quran tidak memperduli disebabkan bahaya besar yang akan menimpa akhlak dan budi pekerti pejudi. Kebisaan dengan sifat sifat buruk seperti makan harta orang lain dengan cara batil. Hidupnya akan terumbang ambing dan dan bayangan yang tidak berpedoman.
Ketagihan judi menjatuhkan seluruh nilai dan kemuliaan diri  sehingga mengutamakan judi dari keperluan keluarga,  mengkhianati agama, dan negara.
Perjudian juga menjadi punca utama tumbuhnya rasa permusuhan dan kedengkian dan menghalang meraka dari meningati Allah dan mengerjakan solat.


No comments:

Post a Comment