KEBAHAGIAAN HIDUP
Senyumlah..
andainya senyummu itu,
bisa menopengi kedukaan,
kerna kau akan lebih derita,
melihatkan wajahmu sengsara.
Ketawalah..
andainya tawa itu,
mampu mengusir kecewa,
kerna titisan luka pasti mengalir,
tanpa hati yang mengepam gembira.
Carilah bahagia,
biarpun sampai kehujung nyawa,
kerna itulah pengobat segala nestapa.
Maafkanlah-jika saudara mu buat kesalahan atau kesilapan,
Sebab kita manusia yang tak alfa dari keterlanjuran,
Kerana Tuhan mu Maha memaafkan,
Begitu juga rasulmu..mengapa pula payah bagi kamu mengikutkan.
Andainya jasadmu kian longlai,
bertongkatkanlah dengan ucapan,
Cantumkan apa jua keretakan,
Jagalah silatutrahim antara suadara dan rakan
tasbih Ilahi dengan penuh harapan,
karna nyawamu takkan berkekalan,
Ya Allah aku dengar , aku belajar dan insyaAllah akan aku amalkan.
No comments:
Post a Comment