fish

Monday, 1 April 2013

Apa jua Tak Semestinya


Apa yang kita lihat baik ,tak semestinya ia lebih baik daripada apa yang kita lihat buruk.
Apa yang kita lihat buruk pula, tak semestinya ia lebih buruk daripada apa yang pernah kita lihat baik
Apa yang kita dapat sekarang tak semestinya ia lebih baik daripada apa yang kita dapat semalam,
Apa pula yang kita dapat semalam tak semestinya ia ia lebih buruk daripada apa yang kita dapat esok,
Apa jua kemewahan yang orang lain capai tak semestinya ia lebih baik di sisi Allah daripada apa yang telah kita capai,
Apa jua pangkat dan pekerjaan yang orang lain dapat, tak semestinya lebih tinggi darjatnya atau lebih berkat daripada apa yang kita miliki,
Yang penting, apa jua yang kita dapat, kita usahakan dan dapat capai-itu  menepati kehendakNya -Ya Rabbi
Yang penting, hidup kita sentiasa tenang, lapang dan sihat,
Yang penting, apa jua kerja kita tidak lara' dan melekakan kita daripada mengingati dan menjalani perintah Illahi,

Terlupakah kita bahawa diri kita, keluarga kita, harta kita dan dunia ini semuanya pinjaman dari Allah SWT
Maka adat barang yang dipinjamkan dan ia  perlu dipelihara
Ingatlah, semuanya sementara dan akan sampai masanya pasti perlu dipulangkan kepada empunyaNya.

No comments:

Post a Comment