fish

Friday, 24 May 2013

You Are the Best_ Utz Dr Shafie subuh 25 May 13

Ya Allah berilah kami barakah pada bln rajab, shaaban dan berilah peluang aku jumpa bulan Ramadan. 'Barakah'- bertambah2 kebaikan=ketaqwaan. Al Anaam #155; barakah itu =ketaatan. Semakin komitted pd Al Quran selalu.Nak tau barakah-apabila aktiviti itu bawa dekat pada Allah. Nak dpt munafaat dari apa yg kita belajar-kefahaman itu milik Allah= Jadi yg penting dlm belajar adalah Allah. Al Fatrj #15. Makna Doa sebenarnya adalah Ketaatan.contohnya pagi sedapnya tidur-bangkit tidur sbb ketaatan pada Allah. Ingat tanpa ilmu-betulkan amal, amal xpe ilmu Allah tolak. Defini belajar al Nahli# 78:"kami jadikan pancaindera kamu-pendengaran, penglihatan-proses penangkapan maklumat melalui pancaindera. Proses oleh hati. Dr samson;the source of our brain come from our heart.surah Al haj# 22/46. Imam ghazali: hati,roh,akal dan minda duduk ditempat yg sama.Al Nisra#17/85. Roh kawal hati:punca kecerdikan adalah roh.Al Baqarah #13. Nak Jadi cerdik adalah dgn jadi org beriman=ketaatan=melalui sunnah n Al Quran. Xjadi islam kad pengenalan. Ubat makanan hati Al isra #82: sesiapa beriman-Allah akan pandu hatinya.ingat sifat rasul-fatanah=kebijisanaan-menyusun aktiviti mengikut keutamaan.ketenangan-sumber penyembuhan.

Cerita 2 Part 2

Cerita2 Part 2


Cerita2 Part 2
Menjamu selera sambil bersantai-santaian,
Long pekena mee bandung wow amat menyelerakan,
Kopi O panas pula di-order selepas makan,
Sambil mengerut dahi cuba mengingatkan.

Al kisah…Long menyambung cerita,
Zaman dulu Long &Ngah dilahirkan diMelaka.
Masa itu bak diJB berkerja,
Bila mak nak bersalin- baliklah keKandang nenek kecik yg jaga,
Pasal kampung Kandang ni apahal pula peliknya nama,
Ya tempat ni-lah Sultan Melaka dulu buat kandang kuda,
Ooh yeke.. tak lah glamour,
Ingatkan tempat terbenanya istana lama.
Atau tempat Hang Tuah jumpa Tun Teja,
Mak kita ni anak perempuan sorang diantara 4 lelaki bersaudara,
Tentunya-mak tempat 3 adik2 dan abang sulongnya bermanja,
Teringat gambar mak muda dengan dua sanggul dan baju kebaya,
Jadi  perhatian pemuda pemuda Melaka bea..,
Tup tup yang pinang orang Kesang-yelah ayahanda kita,
Orang dulu2 kata nak rapatkan saudara,
Jadi harta takla pergi kemana.

Teringat arwah mak pernah bercerita,
Katanya bak sanggup jalan berpuluh2 kilometer,
Masa dulu manalah ada motor kereta,
Tapi tak pe, demi cinta bak boleh aje,
Mulanya atok perempuan buat dee’,
Sebab orang Kesang lokek walau pun banyak harta,
Tapi terbuka juga hati sebab Bak bawa ikan parang panjang berjela,
Tambahan pula dengan durian tembaga,
Bau-nya aja pesawah depan rumah pun berhenti kerja.

Kesah dulu dilipat sejarah kami imbasi,
Bapa mak-Atok Hj Yusof dulunya pengusaha kayu api,
Kira2 macam pembekal petronas gas-lah masakini,
Dia punya kereta-jenis kereta lembu maybe 60cc,
Long kata enjoynya duduk sambil menjuntai-juntaikan kaki,
Menikmati panorama indah merentasi bendang padi,
Pulang ke Kandang-depo simpanan kayu didini hari,
Melihat jauh di balik bukit sinar kemerahan cahaya matahari.

Atok akan potong kayu di tepi sungai diPengkalan Minyak,
Sambil memerhati cucunya long takut apa-apa kelak,
Kayu dipotong dilonggok disudut sehingga banyak,
Suria dah tinggi dilangit, semangat atok terus membuak,
Peluh mencurah membasahi baju, namun hentinya atuk tidak,
Kayu  dipunggah masuk kedalam kereta lembu sehingga sesak,
Terdetik di hati atuk hasilnya, bila kayu dipasar pada halayak,


Atok usop dulunya senang,
Katanya punya tanah bukit panjang terlentang,
Atok keturunan Bugis orang mendatang,
Disisi pusaranya ada batu nesan terpahat nama Megat-  kata orang kubur abang,
Nenek Kecik pula anak angkat Cina, sama dengan kakaknya Chang,
Mungkinkah moyangnya puteri Hang Li Po diutus raja Cina diTongsang,
Atau puteri laksamana Cheng Ho panglima Cina ketua pedagang,
Tak dapat nak kesan maklumat keturunannya secara terang,
Yang pasti kita mewarisi sedikt mata sepit dan kulit sawo matang,
Wah, keluarga kita ni semua ada jawa, melayu, cina dan bugis-yeke bang.

Terlayang fikiran ku  mengenang mak-mudanya 16tahun dah jadi isteri,
Terbayang macam umur Nisa-Alim anak dara sunti,
Selepas bulan Februari lalu arwah mak pergi,
Baru kita tersedar mak dah lama jadi ibu dan isteri,
65 tahun berkhidmat dan pengorban diri,
Tak terjangkau kita nak mengikuti,
Semuga Allah SWT mengampuni Mak dan merestui.

Kenang-kenangkan cerita mak dia sering ulangi,
Kesiannya mak menghadapi cabaran sendiri,
Tak tau kerja kebun durian getah mak disindiri,
Mak mana nak tau diMelaka hanya ada sawah padi.
Mak mana lagi nak pergi, tak kan nak lari,
Nak balik Kandang malu,perlu patuh sebagai isteri,
Kekadang mak bermalam dipondok durian mententeramkan hati.

Rumah atuk bak diKesang dulu, 1km jauh dari jalan raya,
Kereta  tak boleh masuk naik basikal dan jalan kaki-le,
Manalah nak ada eletrik, so tak ade blender dan rice cooker,
Malam guna lampu gas pam berbalam-balamlah cahaya,
Tidur pakai kelembu kalau tak nak terseksa,
Tandas-nya, well tak payahlah cerita ye,
Tapi sememang rasa nyaman dan tenangnya suasana,
Kedengaran bunyi ponggok memecah kesunyian malam sayup disini sana,
Pagi dikejut bunyi kokok ayam dan kicauan murai penyengar raga.


Dirumah itulah mak mengalami seribu nostalgia,
Mak disuruh jaga chegu Anif dan kak Nyah-anak anak saudara.
Memasak & mengemas tu semuanya bahagian mak belaka,
Berulang mengangkat air perigi memenuhi tempayan amatlah terseksa,
Masa berjalan dirasa terlalu lama,
Bulan madu ada ke tak- tak de tak sure,
Yang pasti 1 year later long dah ada,
Then 2 years later ngah mari pula,
Then the rest -Six of us came in one after the other.


/ Rahmad May 2013

Iklas- Ustaz Zulkifli 24 May 2013

Hadis 1-hadis 40:ayat alquran'mereka tak disuruh melainkan utk menyembah Allah.islam ini perlu dinyatakan dgn amal, niat, usaha, hatta nyawa.islam jalan hidup yg lulus. Al haif-"Allah tak sekali2 terima jihat,korban, amal-ikhlas-nya.Allah nak tenguk setakat makna ketakwaan kita.al Imran "jika kamu menyebunyikan atau zahirkan dari hati kamu Allah akan tahu".hadis sahih masyur"sesungguhnya setiap amalan itu tergantung pada niat"_perlu ada kedua2 nya niat n kasad. Syaitan akan masuk kedalam pintu yg terbuka luas (jahil ilmu).

Sunday, 19 May 2013

Cerita2 di Kampong



Teringat baru 3 minggu lalu aku balik ke kampung.
Bersama ngah & abang long,
Sampai di sana rumah tersergam indah tapi kosong,
Terasa sepi tanpa tuan dan pengunjung.

Sementara menunggu abg2 aku rehat sebentar,
Mengurut2 jejari melepaskan lenguh di kaki dan kelenjar,
Lepas kebah aku pelan2 menyusuri kawasan rumah,
memerhati n mengimbau di sudut penuh sejarah,
Ada tempat bermain, berehat dan ada lapangan jiwa imaarah,
Ooh syahdunya bagaikan dipanah.

Masakan sesiapa antara kami tidak punya perasaan,
Teratak ibubapanya yang ditinggalkan,
Dulunya riuh sekarang kesepian,
Tak tidur lena, tak lalu minum dan makan,
Ambillah iktibarnya bagi sesiapa yang nak memikirkan,
Akan sampai jua  masa kita utk  merasakan,
Zaman di hujung hayat penuh kesunyian.   

Setibanya abang-abang kami bercerita sedikit,
Lantas aku sarung baju menjengah kebun pisang & sawit ,
Membawa motor sambil parang diselit,
Persis arwah Bak-action2 lah sikit. 

Laluan Parit Kemang juga syahdu,
Teringat Bak pernah jatuh di situ,
Bagaimana rasanya dia keseorangan tiada anak2 membantu.
Arwah rebah seketika hingga ada orang yg lalu.

Sementara Ngah &Long tinggal di rumah,
Mereka berdua tak banyak kerenah,
Berehat-rehat melepaskan lelah,
Sehari dua nanti pulang semula lah,

Tak macam arwah dulu tinggal seorang berkelana.
Pandang depan dan belakang bagaikan serupa,
Mana pergi anak yang lapan aku bela,
Apa nak buat masing2 dah berkeluarga,
Mereka anak baik selalu ajak ku tinggal sama,
Tapi aku  tak mau susahkan mereka,
Biar mereka bebas, susah nak jaga org tua,
Tak betul2 nanti berdosa - derhaka.

Di kebun aku  jumpa Ah Siong-dah set janji,
Kami menjenguk rumput rampai ye-ke dia racun rapi,
Nampak pulak pelepah sawit lama tak diperuni,
Terus settle diuruskan  aden keesokan hari,
Sempat tenguk juga Ah Siong guna baja baru pisang,
Katanya hasilnya lagi cepat 8 bulan pisang boleh tebang,
“Hai-ya ini rahsia gua loo,kenapa luu pulak datang”.
“Gua ni, nak untung sikit luu tiam2 jangan cerita orang”.

Petang Kami solat magrib dimasjid sama,
Orang kampong hairan bro-bro berganding macam partner,
Panggil-lah 3 abdul atau 3 musketeer,
No problem asalkan kami bahagia,
Dinner, we have at Sungai Rambai food center,
The food there is excellent, cheap2 aja,
Kami order Lai Chee Kang & nasi goreng telur mata,
Lepas tu minum kopi O sambil dengar long bercerita.

Long ni memang pandai cerita,
Tentu Kak Zue and anak2 dah biasa,
Kita yang dengar pasti mulut ternganga,
Cerita2 lama sampaikan hal-hal semasa,
Ngah pula good listener,
As well as good supporter,
Tapi selalu aja teringat esok nak tabur baja,
Tangkas di kebun macam arwah abahnya,
Hasilnya lumayan, bakal dicalun pekebun berjaya,
Semuga usaha & bantuan Long & Ngah-Allah saja membalasnya.

Kita pulak selalu diminta idea,
Minta cadangan dan buat catatan,
Baru nak explore penambah baikan, 
Perihal urusan kebun sawit & buah2an,
Fikir-fikirkan macamana kebun-kebun kita ni dimasa depan,
Eh cukup2lah tu ini bukannya meeting, ini kan tengah makan.

Friday, 17 May 2013

Kuliah Sbh 18 May _Utz Habib Ilmu Yakin

Surah Al Takasur#5:Janganlah kamu dilekakan sampai kamu hampir masuk keliang kubur-sesekali jangan begitu jika kau tau yg yakin Imam Ghazali-jika kita tau pasal kiamat dengan yakin,tentu akan kita hindarkan dengan sombong, lalai dan berlumba2 dengan harta dan anak2,jadikan segala dalam dunia -buat kebajikan & munafaat hanya matlamatnya akhirat.#Yakin-percaya dengan keyakinan. Alghazali-ilmuzakin-untuk para nabi. Aidul -Yakin-utk para malaikat tahaf tinggi yakin-sbb malaikat dah tenguk syurga org dah mati. Ingat kubur-sbga taman2 syurga, atau jurang2 dalam neraka. Ilmu yakin-Pengetahuan tentang mati.Menyesal dgn muhasabah-ingat orang yg buat jahat, fitnah-akan dibangkitkan dgn syaitan2 dan binatang buas.ilmu yakin-tntg hari kiamat, aidul yakin-apabila melihat keadaan hari akhirat-kiamat. Ingat_yakin mesti dikuti tindakan.neraka jahil-hadis "seksa dlm neraka jahil-dituangkan air panas mendidih atas kepala-kpd org yg derhaka,bemegah2, lalai,-air mendidih itu akan masuk tembus kedalam perut-mengelodak dan turun keluar dikaki-'seluruh badan akan terseksa'.dan diulang2.

Saturday, 11 May 2013

Zikir- Roh Ibadat 12 Mei 2013


Cara mengenal Allah-rukun islam-perlu bersih (tazakarah)kan diri sehingga mengingati Allah. Setengah2 manusia disukai Allah, ada yg dibenci. Mcmana nak tau keadaan kita pd pandangan Allah- Apabila kita mengingati (zikir) Allah, lagi lama ingat Allah, lahi lama Allah menyebut2 nama kita.Zikir_roh ibadat.Ankabut352. Zikir buat hati tenang.Hanya satu ibadat yg kyusus utk hati-zikir, Nas Al quran-bagaimana nak bersihkan hati.supaya hati kita taqmaninah-'tenang'.supaya Ibadat ada roh. Kalau kita nak beribadat bagi hati seperti ibadat jasad! Hendaklah berzikir.kalau kita jadi hamba Allah yg terpilih, syaitan tak boleh lagi menyesatkat kita_dijauhkan daripadanya.Nas al quran kelebihan zikir-1)nama diagungkan 2) hati jiwa taqmaninah, nafsu mutmainnah. Dlm alquran diszebut-Al Sabikun' al 'Mutarabun'_-org al mufaridun'  org yg di segerakan/ditarik/didekatkan hampir pada Allah.Org yg berzikir dgn banyaknya. Imam ghazali ibaratkan sebagai burung terbang melintasi kawasan. Penghujung ibadat ialah mengenal Allah. Adakah solat, puasa dpt mengenal Allah. Perlu belajar psl-ibadat Zikir-ilmu tasauf.al ghazali, al bagdadi_ilmu islam tak disampaikan-zikirullah. Zikir-lah dgn banyak-ribuan.org munafiq zikir dgn sikit. Hadis"ibadat yg paling samourna/baik/ tinggi darjat yg paling tinggi disisi Allah-Zikirullah-hu akbar".  

Akidah -Utz Safuan 11 Mei 2013

Akidah perkara asas-diciptakan manusia& jin oleh Allah supaya kenal dan mentaati Allah.-dgn beribadat kepadanya. Kenal Allah melalui ilmu Tauhid'-.Kita belajar tauhid-beriman dgn Allah dgn dalilnya,tak boleh ikut2 org tanpa dalil (taqlid). Org taqlid-iman nya tak sah. Org yg berakal_mampu belajar dan berfikir tapi bertaqlid -imannya tak sah (imam Sanusi).Org islam boleh kenal Allah dgn mudah. Kita/mahluk- ada sbb ada yg menjadikan kita (dalil akal), dalil nakli kulhuwallahhuahad. Doa nabi ibrahim "Ya Allah kaulah tuhan yg asa dilangit.aku tinggal saorang dibumi. Tidaklah org menyembahmu melainkan aku. Percaya sungguh2 pada Allah dgn dalil-dia kenal Allah dgn maqrifah