fish

Friday, 24 May 2013

Cerita 2 Part 2

Cerita2 Part 2


Cerita2 Part 2
Menjamu selera sambil bersantai-santaian,
Long pekena mee bandung wow amat menyelerakan,
Kopi O panas pula di-order selepas makan,
Sambil mengerut dahi cuba mengingatkan.

Al kisah…Long menyambung cerita,
Zaman dulu Long &Ngah dilahirkan diMelaka.
Masa itu bak diJB berkerja,
Bila mak nak bersalin- baliklah keKandang nenek kecik yg jaga,
Pasal kampung Kandang ni apahal pula peliknya nama,
Ya tempat ni-lah Sultan Melaka dulu buat kandang kuda,
Ooh yeke.. tak lah glamour,
Ingatkan tempat terbenanya istana lama.
Atau tempat Hang Tuah jumpa Tun Teja,
Mak kita ni anak perempuan sorang diantara 4 lelaki bersaudara,
Tentunya-mak tempat 3 adik2 dan abang sulongnya bermanja,
Teringat gambar mak muda dengan dua sanggul dan baju kebaya,
Jadi  perhatian pemuda pemuda Melaka bea..,
Tup tup yang pinang orang Kesang-yelah ayahanda kita,
Orang dulu2 kata nak rapatkan saudara,
Jadi harta takla pergi kemana.

Teringat arwah mak pernah bercerita,
Katanya bak sanggup jalan berpuluh2 kilometer,
Masa dulu manalah ada motor kereta,
Tapi tak pe, demi cinta bak boleh aje,
Mulanya atok perempuan buat dee’,
Sebab orang Kesang lokek walau pun banyak harta,
Tapi terbuka juga hati sebab Bak bawa ikan parang panjang berjela,
Tambahan pula dengan durian tembaga,
Bau-nya aja pesawah depan rumah pun berhenti kerja.

Kesah dulu dilipat sejarah kami imbasi,
Bapa mak-Atok Hj Yusof dulunya pengusaha kayu api,
Kira2 macam pembekal petronas gas-lah masakini,
Dia punya kereta-jenis kereta lembu maybe 60cc,
Long kata enjoynya duduk sambil menjuntai-juntaikan kaki,
Menikmati panorama indah merentasi bendang padi,
Pulang ke Kandang-depo simpanan kayu didini hari,
Melihat jauh di balik bukit sinar kemerahan cahaya matahari.

Atok akan potong kayu di tepi sungai diPengkalan Minyak,
Sambil memerhati cucunya long takut apa-apa kelak,
Kayu dipotong dilonggok disudut sehingga banyak,
Suria dah tinggi dilangit, semangat atok terus membuak,
Peluh mencurah membasahi baju, namun hentinya atuk tidak,
Kayu  dipunggah masuk kedalam kereta lembu sehingga sesak,
Terdetik di hati atuk hasilnya, bila kayu dipasar pada halayak,


Atok usop dulunya senang,
Katanya punya tanah bukit panjang terlentang,
Atok keturunan Bugis orang mendatang,
Disisi pusaranya ada batu nesan terpahat nama Megat-  kata orang kubur abang,
Nenek Kecik pula anak angkat Cina, sama dengan kakaknya Chang,
Mungkinkah moyangnya puteri Hang Li Po diutus raja Cina diTongsang,
Atau puteri laksamana Cheng Ho panglima Cina ketua pedagang,
Tak dapat nak kesan maklumat keturunannya secara terang,
Yang pasti kita mewarisi sedikt mata sepit dan kulit sawo matang,
Wah, keluarga kita ni semua ada jawa, melayu, cina dan bugis-yeke bang.

Terlayang fikiran ku  mengenang mak-mudanya 16tahun dah jadi isteri,
Terbayang macam umur Nisa-Alim anak dara sunti,
Selepas bulan Februari lalu arwah mak pergi,
Baru kita tersedar mak dah lama jadi ibu dan isteri,
65 tahun berkhidmat dan pengorban diri,
Tak terjangkau kita nak mengikuti,
Semuga Allah SWT mengampuni Mak dan merestui.

Kenang-kenangkan cerita mak dia sering ulangi,
Kesiannya mak menghadapi cabaran sendiri,
Tak tau kerja kebun durian getah mak disindiri,
Mak mana nak tau diMelaka hanya ada sawah padi.
Mak mana lagi nak pergi, tak kan nak lari,
Nak balik Kandang malu,perlu patuh sebagai isteri,
Kekadang mak bermalam dipondok durian mententeramkan hati.

Rumah atuk bak diKesang dulu, 1km jauh dari jalan raya,
Kereta  tak boleh masuk naik basikal dan jalan kaki-le,
Manalah nak ada eletrik, so tak ade blender dan rice cooker,
Malam guna lampu gas pam berbalam-balamlah cahaya,
Tidur pakai kelembu kalau tak nak terseksa,
Tandas-nya, well tak payahlah cerita ye,
Tapi sememang rasa nyaman dan tenangnya suasana,
Kedengaran bunyi ponggok memecah kesunyian malam sayup disini sana,
Pagi dikejut bunyi kokok ayam dan kicauan murai penyengar raga.


Dirumah itulah mak mengalami seribu nostalgia,
Mak disuruh jaga chegu Anif dan kak Nyah-anak anak saudara.
Memasak & mengemas tu semuanya bahagian mak belaka,
Berulang mengangkat air perigi memenuhi tempayan amatlah terseksa,
Masa berjalan dirasa terlalu lama,
Bulan madu ada ke tak- tak de tak sure,
Yang pasti 1 year later long dah ada,
Then 2 years later ngah mari pula,
Then the rest -Six of us came in one after the other.


/ Rahmad May 2013

No comments:

Post a Comment