Teringat baru 3 minggu
lalu aku balik ke kampung.
Bersama ngah & abang
long,
Sampai di sana rumah
tersergam indah tapi kosong,
Terasa sepi tanpa tuan
dan pengunjung.
Sementara menunggu abg2
aku rehat sebentar,
Mengurut2 jejari
melepaskan lenguh di kaki dan kelenjar,
Lepas kebah aku pelan2
menyusuri kawasan rumah,
memerhati n mengimbau di
sudut penuh sejarah,
Ada tempat bermain,
berehat dan ada lapangan jiwa imaarah,
Ooh syahdunya bagaikan
dipanah.
Masakan sesiapa antara
kami tidak punya perasaan,
Teratak ibubapanya yang
ditinggalkan,
Dulunya riuh sekarang
kesepian,
Tak tidur lena, tak lalu
minum dan makan,
Ambillah iktibarnya bagi
sesiapa yang nak memikirkan,
Akan sampai jua
masa kita utk merasakan,
Zaman di hujung hayat
penuh kesunyian.
Setibanya abang-abang
kami bercerita sedikit,
Lantas aku sarung baju
menjengah kebun pisang & sawit ,
Membawa motor sambil
parang diselit,
Persis arwah Bak-action2
lah sikit.
Laluan Parit Kemang juga
syahdu,
Teringat Bak pernah jatuh
di situ,
Bagaimana rasanya dia
keseorangan tiada anak2 membantu.
Arwah rebah seketika
hingga ada orang yg lalu.
Sementara Ngah &Long
tinggal di rumah,
Mereka berdua tak banyak
kerenah,
Berehat-rehat melepaskan
lelah,
Sehari dua nanti pulang
semula lah,
Tak macam arwah dulu
tinggal seorang berkelana.
Pandang depan dan
belakang bagaikan serupa,
Mana pergi anak yang
lapan aku bela,
Apa nak buat masing2 dah
berkeluarga,
Mereka anak baik selalu
ajak ku tinggal sama,
Tapi aku tak mau
susahkan mereka,
Biar mereka bebas, susah
nak jaga org tua,
Tak betul2 nanti berdosa
- derhaka.
Di kebun aku jumpa
Ah Siong-dah set janji,
Kami menjenguk rumput
rampai ye-ke dia racun rapi,
Nampak pulak pelepah
sawit lama tak diperuni,
Terus settle
diuruskan aden keesokan hari,
Sempat tenguk juga Ah
Siong guna baja baru pisang,
Katanya hasilnya lagi
cepat 8 bulan pisang boleh tebang,
“Hai-ya ini rahsia gua
loo,kenapa luu pulak datang”.
“Gua ni, nak untung sikit
luu tiam2 jangan cerita orang”.
Petang Kami solat magrib
dimasjid sama,
Orang kampong hairan
bro-bro berganding macam partner,
Panggil-lah 3 abdul atau
3 musketeer,
No problem asalkan kami
bahagia,
Dinner, we have at Sungai
Rambai food center,
The food there is
excellent, cheap2 aja,
Kami order Lai Chee Kang
& nasi goreng telur mata,
Lepas tu minum kopi O
sambil dengar long bercerita.
Long ni memang pandai
cerita,
Tentu Kak Zue and anak2
dah biasa,
Kita yang dengar pasti
mulut ternganga,
Cerita2 lama sampaikan
hal-hal semasa,
Ngah pula good listener,
As well as good
supporter,
Tapi selalu aja teringat
esok nak tabur baja,
Tangkas di kebun macam
arwah abahnya,
Hasilnya lumayan, bakal
dicalun pekebun berjaya,
Semuga usaha &
bantuan Long & Ngah-Allah saja membalasnya.
Kita pulak selalu diminta
idea,
Minta cadangan dan buat
catatan,
Baru nak explore penambah
baikan,
Perihal urusan kebun sawit & buah2an,
Fikir-fikirkan
macamana kebun-kebun kita ni dimasa depan,
Eh cukup2lah tu ini
bukannya meeting, ini kan tengah makan.
No comments:
Post a Comment