Pada suatu malam di sebuah kampung, seorang buta baru
pulang dari menziarahi rumah sahabatnya. Sahabatnya membekal sebuah pelita.
Orang buta itu ketawa sambil berkata: “Buat apa saya bawa pelita? Kan sama saja
buat saya!
Dengan lembut sahabatnya menjawab, “Ini agar orang lain
boleh melihat kamu, jangan sampai orang melanggar kamu.” Akhirnya orang buta
itu setuju untuk membawa pelita pemberian sahabatnya.
Dalam perjalanan, seorang pejalan kaki terlanggar si
buta. “Hei, kamu kan ada mata! Beri la laluan kepada orang buta!” Sibuta
meninggalkan lelaki tadi dengan perasaan tidak puashati.
Tidak lama selepas itu, si buta bertambah marah apabila
seorang lagi melanggarnya. “Kamu buta ke? Aku bawa pelita ini supaya senang
dilihat!”
Orang itu menjawab, “Kamu yang buta! Kamu tidak lihat,
pelitamu sudah padam!” Si buta terdiam.. Menyedari situasi itu, lelaki tadi
meminta maaf, “Oh, maaf, sayalah yang ‘buta’, saya tidak melihat bahawa anda
adalah orang buta.”
Si buta tersipu-sipu, “Maafkan saya juga atas kata-kata
kasar saya.” Lelaki tadi membantu menyalakan kembali pelita yang dibawa si
buta. Mereka pun meneruskan perjalanan masing-masing.
Tidak berapa lama selepas itu, si buta tadi dilanggar
buat kali ke tiga. Kali ini, si buta lebih berhati-hati, dia bertanya dengan
penuh sopan, “Maaf, adakah pelita saya telah padam?”
Lelaki itupun terus menjawab, “Saya sebenarnya mau
bertanyakan hal yang sama.” Mereka senyap seketika dan secara serentak mereka
bertanya, “Adakah anda orang buta?” Secara serentak pun mereka menjawab,
“Iya.,” apa lagi berderai-derai mereka ketawa sambil masing-masing cuba
membantu mencari pelita yang habis berteraburan diatas jalan.
Sahabatku, cuba kita renungkan cerita diatas berkaitan
sebuah KEBIJAKSANAAN, KEPERIHATINAN dan KERENDAHAN HATI… Betapa gelap dan
butanya kita tanpa pelita kebijaksanaan… ramai yang ego antara kita, tidak
prihatin sesama kita, begitu mudah menghakimi dan menyalahkan “orang lain”,
padahal mungkin juga pelita kita yang telah padam..dimana hilangnya kerendahan
hati untuk minta maaf?
Bila mata tanpa penghalang, hasilnya adalah penglihatan.
Jika telinga tanpa penghalang, hasilnya adalah pendengaran. Hidung yang tanpa
penghalang dapat menghidu. Maka, fikiran yang tanpa penghalang hasilnya adalah
kebijaksanaan...
Bidalan mengatakan, Sejuta pelita dapat dinyalakan dari
sebuah pelita, dan nyalaan pelita pertama tidak akan malap. Pelita
kebijaksanaan pun, tidak akan pernah habis walau dikongsikan.
Sudahkah kita suluh kedalam diri masing-masing? Jika
sudah, adakah nyalaannya masih terang, atau nyaris padam? JADILAH PELITA, bagi
diri mu sendiri dan rakan disekelilingmu.