fish

Tuesday, 5 November 2013

Mutiara Kata 2


MUTIARA KATA UNTUK MU

1) Ramai orang lebih mengenali orang lain, Tapi...tidak mengenali dirinya sendiri.

Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri.

2) Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia didepan matanya.

3) Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk kita hidup sengsara, kerana semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.

4) Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

5) Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.


6) Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu.

No comments:

Post a Comment