fish

Friday, 27 December 2013

Kuliah subuh Prof Dr Shafie 281213 MJAR

As salam..maaf mengganggu..sekadar pengkongsian ...
Kuliah subuh 281213. Utz Prof Shafie : Selalulah sebut "Ya Allah saya berazam akan lebih mentaati mu  ya Allah." Jika kita diserang syaitan cepat2 minta Allah lindungi kita. Kyusuk itu adalah fokus dgn mengingati kebesaran Allah. Surah As Saf "hai manusia  hendakkah Aku khabarkan satu perniagaan yg tidak rugi iaitu dgn mengingati Allah". Peniaga yg berjaya adalah mereka sentiasa mengingati dan mentaati perintah Allah- ibarat peniagaan yg diberikan modal untuk kejayaan perniagaaanya. "Life is simple but people make their life complicated".Ramai orang sentiasa bimbang sedangkan kita semesti yakin sebab kita ada Allah. Yang sepatutnya kita fikirkan hari ini bila kita mati kemana kita akan pergi syurga ke atau neraka. Kalau kita sentiasa ingat #mind set saya akan mati bila2 masa dan saya tak mahu keneraka-ia akan motivate kita ingatkan Allah. Kalau kita ingat yg lain sepertu dunia semata, kita sebenarnya telah off track-track yg salah. Jgn rasa megah atas apa yg Allah berikan kepada kita sebab semua nya adalah pemberian Allah.  surah Al Qasas ayat #26.."Sesungguhnya mu Muhammad kau tak berkuasa memberi hidayah". Sebaik2 perkara kebaikan apabila ia dibuat berterusan walaupun sedikit. Nak buat baik itu mudah tapi kekadang susah bagi sebahagian orang. Ujian sesaorang semada dia jujur atau tidak apabila dia kesaorangan dalam bilik atau dalam tandas. Tindakan kita yang kecil  contohnya tidak membazir air bersuci atau wudu' berjumat dan jangan membazir. Sentiada lakukan perkara baik contoh doakan Allah ringankan kesakitan orang lain bila lalu di depan hospital ataublihat orang kemalangan- kita akan rasa sejuk iaitu tanda keikhlasan dan hidayah Allah. Ingatlah sebenarnya hari2 kita berdakwah iaitu pada diri sendiri, isteri/suami, anak2 dan rakan2. Surah 26 ayat3 "mungkin kamu Muhamad hendak membinasakan diri kamu dgn kesedihan, tugas kamu hanya menyampaikan berita kegembiraaan atau kesedihan. ,Hidayah hanya dari Allah. Perlu jadi pendakwah yg menyeru manusia dgn hikmah. Sebaik2 dakwah dgn ayat Al Quran sbb ia adalah kata2  Allah. Ingat Syadina Omar dapat  hidayah hanya dgn sepotong ayat Alquran dgn Izin Allah. Berdakwahlah kpd anak2 dgn ayat2 Allah. Berdakwahlah dgn hati ikhlas dan perbuatan(amal). Ia akan pergi terus kehati anak/isteri. Ingatlah kita perlu didik diri dengan mencari Allah dahulu dalam semua hal sebelum yg lain terutama bila ada hajat dan masaalah, sekarang kita selalu cari atau usaha yg lain dulu. Minta bimbingan dan pertunjuk Allah. Bagaimana  Surah alQuran  "wahai manusia aku tidak akan ubah sehingga kau ubah dalan hati kamu dgn letakkan dalam diri kamu sayangi dan taati Allah". Allah sayang orang yg sungguh2 mempelajari dan mengamalkan Alquran dan Mentaati Allah. Allah akan  selesaikan semua permintaan kita. Bermulalah dgn doa kemudian berazam belajar al quran sungguh2 dan taatlah Allah. Kesejahteraan masyarakat sebenarnya bergantung kepada akhlak masyarakat,  budaya hidup yang jauh atau dekat dgn Allah.

Sunday, 22 December 2013

forum perdana MJAR Utz Haslin

Allah akan uji kamu..jgnlah kamu rasa kamu telah berjaya.kamu akan uji dgn anak2,harta, kuasa..bagaimana kamu dapat harta kuasa dan bgmana kamu. Sb  kadang 2 anak2 atau isteri/suami buat salah atau berlekeh lambat2 buat amal,kita tak berani nak tegur nak ajak.fitnah umum atau....nqk dptkqn sesuatu sanggup menggadaikan maruah dan syariah seperti rasuah. Ingat fitnah itu ujian. Ingat dunia dicipta Qllah utk kamu,dan kamu dicipta untuk akhirat. 
Eloklah masyarakat kita memakmorkan masjid.ilmu amat perlu diakhir zaman. Bala itu mushibah. 
Benda baik yg kita dapat pun adalah bala'.
Allah menyebut adakah kami cipta kamu bebas atau sia2. Tidak aku cipta kamu manusia untuk sembah aku.
Menyentuh saekor babi yg busuk atau dicucuk besi lebib baik dari menyentuh seorang gadis yg tak maharam. Jaga haram halal...pendidikan agama amat penting. Jika kamu tidak bantu membantubpesan memesan pasti fitnah akan menimpa mu. Hadis..bersegeralah kamu dalam beramal senelum datang sa fu fitnah dimana saornag islam boleh berubah kacir pada paginya.kiamat sudah dekat sangat..dah sampai zaman hujung. Kita tak tau mcmana nak hadapi dan menyelesaikan masaalahnya

Kuliah subuh utz Kamal 221213

Janganlah bersedih anggaplah celaan orang. Sunnah nabi2..perjuangan menyampaikan risallah Allah tentu ada cabaran dan celaan orang. Kita perlu mengajak kpd kebenaran dgn mencegah kemungkaran. Perjalanannya penuh liku dan jauh. Kamu hanya menyampaikan Allah yang memberi hidayah. Al quran AlImran #112: sesungguhnya mereka tidak akan mampu mengadakan kemudaratan melainkan sedikit gangguan. Ayat alquran "Dan jgnlah kamu bersempit dada  terhadap tipu daya berhadapan gangguan, Allah pasti beri pertolongan.Rasullah sentiasaa munajat dan berdoa.inilah kaedah berdakwah perlu berdoa utk mengajak insan2 melembutkan hati2 mereka. Gunakan pendekatan utk orang berfikir tentang alam sekeliling dan penciptaNya. Juga mengenai kehidupan kedua selepas mati. Surah al quran...Allah mengingatkan hatta walaupun manusia lebur menjadi besi pun Allah mampu menjadikan manusia semula. Ingat..ada manusia sekarang ini degil dan mungkar tapi bila Manusia akan dibangkitkan sama2 dimasyar nanti , semuanya akan menyebut yg sama "Alhamdullah".-segala puji untk Allah. Jangan lah kamu hiraukan gangguan manusia, iblis namun bertawakallah, usaha mengajak insan dan ikhtiar dan berdoalah.(Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakkal..DUIT). Cukuplah kita berserah kpd Allah untuk membersihkan prasangka dan tuduhan2 dan fitnah.lihatlah contoh2 nabi Ibrahim musa yusof dan nabi noh. Hadis hasad." Sabda rasul jgnlah kamu menyampaikan pada ku keaiban rakan2 kita adakah baiknya kita berbaik sangka. Hadis sahih sesiapa yg menutupi keburukan saudaranya. ALLAH akan menutupi keburukannya hingga akhir akhirat.

Tuesday, 10 December 2013

Permudahkan & Bahagiakan lah

Sekarang musim hujan. Hari hari hujan di KL, bukan saja di KL malah hebuh di berita banyak tempat2 lain dimerata kawasan dan negeri terutama Pantai Timur juga banjir besar. Kata orang KL kalau tak ada hal jangan kerja luar atau mesyuarat di KL pada waktu petang..sebab petang aja hujan. Bila dah hujan diKL ni confirmlah jalan jam. Bukan setakat jam...jam giler. Aku pula semalam terpaksa hadiri kerja di KL belah petang..apatah lagi terperangkaplah aku dalam hujan dan jam giler. Apa nak buat sabar ajelah kata hatiku tentu ada hikmahnya..sambil2 tu aku buka radio ikim fm...tertarik dengan pencerahan ustaz Azlan bab "permudahkan &bahagiakan-lah" katanya...saya pasti kita semua ingin dan sukakan perjalanan hidup yang mudah dan bahagia, dan tak mau ditimpa kesusahan dan penderitaan. Namun dalam hidup hari hari kita akan menemui situasi dan orang yg pelbagai kerenah dan penuh dugaan. Walau apa jua pun carilah dan usahakan lah dan ambil bahagian untuk memudahkan orang lain dan perelokkan keadaan. Contohnya yang biasa kita lihat di supermarket trolley2 ditinggalkan ditengah laluan jalan dan barang2 seperti buah atau sayur jatuh dilanggar orang lain-ramai orang ambil tak peduli. Janganlah jadi orang yg tak kisah, hanya sedikit usaha saja alihkan trolley tersebut dan angkat buah atau sayur yg ter jatuh itu,kita pasti dapat mudahkan orang lain. Contoh yg lain kita pernah nampak orang yg dalam keadaan cemas atau tercari2 di bangunan tempat kerja kita atau dijalan raya..mungkin dia  sedang buntu mencari orang atau tersesat jalan, kenapa kita kekadang tak berhenti menanyakan dan membantunya semampu boleh...kita kekadang hanya pentingkan diri kita saja, kita tergesa2 utk selesaikan urusan kita saja tanpa peduli hal orang lain. Hatta jika dimasjid ada ruang kosong saf solat kita dan ada orang ingin memasukinya kita cepat2 rapatkan. Kenapa kita tak bukakan dan mudahkan ruang untuk mereka. .bahkan ada antara kita marah2 dan menyempitkan saf.pada hal tidak lah susah dan rugi apa pun...kalau kita sentiasa ingat tiada apa pun didunia ini hak mutlak kita.semuanya pinjaman dari yang ampunNYA haq hakiki apa pun bukan milik kita. Sentiasalah ingat kalau kita sentiasa memberi kemudahan dan membahagikan orang lain, Allah akan mudahkan dan bahagiakan kehidupan kita. Mulai hari ini ubahlah, carilah dan usahakan sedikit untuk memudahkan orang lain. Allah akan suka dan sayangi kita.

Thursday, 5 December 2013

Syurga

Ingatkan diri

Pasal banjir-pada siapa yg ditimpa banjir,muhasabahlah diri..Allah berfirman selepas kesusahan pasti ada kemudahan.ingat betapa banya nikmat Allah. Katalah ya Allah aku bersyukur sbb mengingati aku pada Mu dan nikmatMu yg banyak. Kita insan yg lemah yg selalu kecundang ..cara utk sentiasa mengingati diri ingatkan contoh nabi Muhamad yg amat sederhana. Nabi Sulaiman-raja tapi tawaduq. Sultan muhamad al faqeh. Org yg lebih hebat ujiannya-Daif dihempit kesusahan namun amat reda dan patuh pd Allah. Bersabarlah.."Allah bersama orang yg sabar". Ingatlah kita insan yg lemah .janganlah nikmat Allah harta,usia muda, lapang masa menyebabkan kita lupa nikmatNya.

Wednesday, 4 December 2013

Allah Maha Adil

Assalamu'alaikum.sedikit nukilan muga ada kebaikan."Cerita saorang ibu kpd anaknya yang sedang berkeluh kesah atas penderitaannya " Aku meminta pada Allah setangkai bunga Allah beri aku tangkai berduri aku meminta pada Allah binatang cantik Allah beri aku ulat berbulu aku sedih, protes, dan kecewa terlintas dalam hati-ku betapa tidak adilnya Allah. Namun kemudian tangkai itu berbunga indah bahkan sangat indah dari yg aku inginkan dan ulat itu pun tumbuh menjadi kupu2 yg sangat cantik. Itulah jalan Allah jadikan indah untuk kita sesuai pada waktunya Allah tidak memberi apa yg kita HARAPKAN namun Allah memberi apa yg kita perlukan kadang kita sedih, kecewa bahkan terluka tapi jauh diatas segalanya Allah telah merancang yang terbaik untuk kehidupan hambaNya "Allah menciptakn langit dan bumi dan dihiasi keduanya begitu sempurna. Diciptakan-Nya siang dan malam, lalu diciptakan-Nya bulan dan bintang. Lalu dipadukan keduanya. Allah mnciptakan semua itu hanyalah untuk bersyukur kpd-Nya. Syukur kita Allah berikan kita bak & Mak yang dapat mendidik kita menjadi anak yg baik dan beriman. Apa kesenangan yg kita dapat sekarang mungkin orang tua kita tak pernah merasainya. Allah maha Bijaksana dan maha Adil."Sesungguhnya orang yang berkata Tuhan kami adalah Allah kemudiannya mereka istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan tidak pula bersedih hati" Al-Ahqaf#13.

Tuesday, 3 December 2013

Bekalan akhirat

ALHAMDULILLAH

Dulu2 masa kecik, kalau sebelum pi sekolah, tentu mak dah siapkan bekal untuk dibawa.
Kekadang nasi goreng , kekadang roti sapu merjerin

Bila dah besar sikit, baru aku dibekalkan dengan duit belanja , dulu 20-30 sen pun dan mencukupi.

10 sen beli air, 20 beli mee atau nasi lemak.
Sekarang kalau 30 sen, jangan kata taik gigi, nak buat taik mata pun tak dapat

Cuma satu je yang aku paling risau sekarang
Adakah bekalan yang akan ku bawa nanti
ketika menghadap ilahi sudah mencukupi
hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal salih sebelum menghadapi kematian. Orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).”
(Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat.

Amalan pertama ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah. Perlu difahami bahawa menafkahkan harta pada jalan Allah bukan terhad kepada membelanjakan harta di jalan jihad fisabilillah, malah ia turut mencakupi amalan berzakat, bersedekah, menderma, mewakaf, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat, serta sumbangan kebajikan untuk masyarakat umum.

Amalan kedua ialah menimba ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun uhkrawi kerana Islam adalah agama yang mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan Allah mengangkat darjat orang berilmu berbanding dengan orang tidak berilmu.

Amalan ketiga yang pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang salih selepas ibu atau bapanya meninggal dunia. Alangkah beruntungnya ibu bapa, yang mampu mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang salih dan taat kepada Allah.

Sekali lagi aku berasa amat takut yang bekalan ku masih belum mencukupi