As salam..maaf mengganggu..sekadar pengkongsian ...
Kuliah subuh 281213. Utz Prof Shafie : Selalulah sebut "Ya Allah saya berazam akan lebih mentaati mu ya Allah." Jika kita diserang syaitan cepat2 minta Allah lindungi kita. Kyusuk itu adalah fokus dgn mengingati kebesaran Allah. Surah As Saf "hai manusia hendakkah Aku khabarkan satu perniagaan yg tidak rugi iaitu dgn mengingati Allah". Peniaga yg berjaya adalah mereka sentiasa mengingati dan mentaati perintah Allah- ibarat peniagaan yg diberikan modal untuk kejayaan perniagaaanya. "Life is simple but people make their life complicated".Ramai orang sentiasa bimbang sedangkan kita semesti yakin sebab kita ada Allah. Yang sepatutnya kita fikirkan hari ini bila kita mati kemana kita akan pergi syurga ke atau neraka. Kalau kita sentiasa ingat #mind set saya akan mati bila2 masa dan saya tak mahu keneraka-ia akan motivate kita ingatkan Allah. Kalau kita ingat yg lain sepertu dunia semata, kita sebenarnya telah off track-track yg salah. Jgn rasa megah atas apa yg Allah berikan kepada kita sebab semua nya adalah pemberian Allah. surah Al Qasas ayat #26.."Sesungguhnya mu Muhammad kau tak berkuasa memberi hidayah". Sebaik2 perkara kebaikan apabila ia dibuat berterusan walaupun sedikit. Nak buat baik itu mudah tapi kekadang susah bagi sebahagian orang. Ujian sesaorang semada dia jujur atau tidak apabila dia kesaorangan dalam bilik atau dalam tandas. Tindakan kita yang kecil contohnya tidak membazir air bersuci atau wudu' berjumat dan jangan membazir. Sentiada lakukan perkara baik contoh doakan Allah ringankan kesakitan orang lain bila lalu di depan hospital ataublihat orang kemalangan- kita akan rasa sejuk iaitu tanda keikhlasan dan hidayah Allah. Ingatlah sebenarnya hari2 kita berdakwah iaitu pada diri sendiri, isteri/suami, anak2 dan rakan2. Surah 26 ayat3 "mungkin kamu Muhamad hendak membinasakan diri kamu dgn kesedihan, tugas kamu hanya menyampaikan berita kegembiraaan atau kesedihan. ,Hidayah hanya dari Allah. Perlu jadi pendakwah yg menyeru manusia dgn hikmah. Sebaik2 dakwah dgn ayat Al Quran sbb ia adalah kata2 Allah. Ingat Syadina Omar dapat hidayah hanya dgn sepotong ayat Alquran dgn Izin Allah. Berdakwahlah kpd anak2 dgn ayat2 Allah. Berdakwahlah dgn hati ikhlas dan perbuatan(amal). Ia akan pergi terus kehati anak/isteri. Ingatlah kita perlu didik diri dengan mencari Allah dahulu dalam semua hal sebelum yg lain terutama bila ada hajat dan masaalah, sekarang kita selalu cari atau usaha yg lain dulu. Minta bimbingan dan pertunjuk Allah. Bagaimana Surah alQuran "wahai manusia aku tidak akan ubah sehingga kau ubah dalan hati kamu dgn letakkan dalam diri kamu sayangi dan taati Allah". Allah sayang orang yg sungguh2 mempelajari dan mengamalkan Alquran dan Mentaati Allah. Allah akan selesaikan semua permintaan kita. Bermulalah dgn doa kemudian berazam belajar al quran sungguh2 dan taatlah Allah. Kesejahteraan masyarakat sebenarnya bergantung kepada akhlak masyarakat, budaya hidup yang jauh atau dekat dgn Allah.
fish
Friday, 27 December 2013
Kuliah subuh Prof Dr Shafie 281213 MJAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment