Sekarang musim hujan. Hari hari hujan di KL, bukan saja di KL malah hebuh di berita banyak tempat2 lain dimerata kawasan dan negeri terutama Pantai Timur juga banjir besar. Kata orang KL kalau tak ada hal jangan kerja luar atau mesyuarat di KL pada waktu petang..sebab petang aja hujan. Bila dah hujan diKL ni confirmlah jalan jam. Bukan setakat jam...jam giler. Aku pula semalam terpaksa hadiri kerja di KL belah petang..apatah lagi terperangkaplah aku dalam hujan dan jam giler. Apa nak buat sabar ajelah kata hatiku tentu ada hikmahnya..sambil2 tu aku buka radio ikim fm...tertarik dengan pencerahan ustaz Azlan bab "permudahkan &bahagiakan-lah" katanya...saya pasti kita semua ingin dan sukakan perjalanan hidup yang mudah dan bahagia, dan tak mau ditimpa kesusahan dan penderitaan. Namun dalam hidup hari hari kita akan menemui situasi dan orang yg pelbagai kerenah dan penuh dugaan. Walau apa jua pun carilah dan usahakan lah dan ambil bahagian untuk memudahkan orang lain dan perelokkan keadaan. Contohnya yang biasa kita lihat di supermarket trolley2 ditinggalkan ditengah laluan jalan dan barang2 seperti buah atau sayur jatuh dilanggar orang lain-ramai orang ambil tak peduli. Janganlah jadi orang yg tak kisah, hanya sedikit usaha saja alihkan trolley tersebut dan angkat buah atau sayur yg ter jatuh itu,kita pasti dapat mudahkan orang lain. Contoh yg lain kita pernah nampak orang yg dalam keadaan cemas atau tercari2 di bangunan tempat kerja kita atau dijalan raya..mungkin dia sedang buntu mencari orang atau tersesat jalan, kenapa kita kekadang tak berhenti menanyakan dan membantunya semampu boleh...kita kekadang hanya pentingkan diri kita saja, kita tergesa2 utk selesaikan urusan kita saja tanpa peduli hal orang lain. Hatta jika dimasjid ada ruang kosong saf solat kita dan ada orang ingin memasukinya kita cepat2 rapatkan. Kenapa kita tak bukakan dan mudahkan ruang untuk mereka. .bahkan ada antara kita marah2 dan menyempitkan saf.pada hal tidak lah susah dan rugi apa pun...kalau kita sentiasa ingat tiada apa pun didunia ini hak mutlak kita.semuanya pinjaman dari yang ampunNYA haq hakiki apa pun bukan milik kita. Sentiasalah ingat kalau kita sentiasa memberi kemudahan dan membahagikan orang lain, Allah akan mudahkan dan bahagiakan kehidupan kita. Mulai hari ini ubahlah, carilah dan usahakan sedikit untuk memudahkan orang lain. Allah akan suka dan sayangi kita.
fish
Tuesday, 10 December 2013
Permudahkan & Bahagiakan lah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment