fish

Saturday, 21 June 2014

Kuloah subuh 220614 utz Syukor

Bulan Ramadhan bulan rahmat bulan berkat. Bulan yang ditunggui sahabat2 nabi. Àpakah persediaan kita menyambut Ramadhan -kalau ada persediaan untuk bola piala dunia ataupun ketibaan panda kenapa tiada persediaan untuk menyambut Ramadhan. Persediaan utama adalah ilmu. Kita mestilah jadi hamaba Allah yang berkualiti.  Begitu juga hendaklah kita berpuasa dengan puasa yang berkualiti. Kita perlu bina diri dan membena kualiti orang dikeliling kita. Wahai orang yg beriman diwajibkan kamu berpuasa mudah2an kamu menjadi orang yang berkualiti. Allah mèmuliakan orang yg berilmu beberapa darjat dari org yg beribadat. Janganlah ada dibulan Ramadhan rasa dendam dengki.##Orang lelaki doa dan usahakan jangan solat subuh dirumah.
Ulama menyatakan bagaimana untuk menjadi orang dan umat berkualiti taqwa. 1) sentiasa ingat Allah-hati akan tenang. 2) baca alquran dan jadikannya budaya kehidupan harian kita. Baca alquran dengan tadabur-memahami dan mengamalkannya. Al quran itu pembimbing dan dia memberi syufaat kpda kita. 3) Qiamulail -hendaklah kamu rengangkan diri dari tempat tidur bangun dan berdoa. Allah suka orang mukmin yg kuat dari yang lemah. Kuat dengan iman dan amalnya, ketakwaan, ibadatnya dan ilmunya.**ketahuilah tiada kejadian yg lebih baik dari 1000 kejadiqn kecuali manusia***.

No comments:

Post a Comment