fish

Friday, 6 June 2014

Kuliah subuh 070614

Wahai org yg beriman hendaklah kamu takut kpd Allah dgn sebenar2nya dan janganlah kita mati melainkan dalam iman. Ingatlah Iman kita bertambah dan berkurang. Kekadang naik kadang turun. Bertambahnya ia dengan ilmu dan amal. Jangan tinggalkan kalimah Laillah haillalah. Sesiapa yg berpaling dari berzikir. Azab pertamanya hatinya jadi gelisah. Dan lagi lama dia meninggalkannya akan datang kepadanya kesusahan padanya bertimpa2. Di akhirat nanti Allah akan membutakan segulungan besar manusia dan menghalau mereka ke akhirat dan akan dilupakan Allah. Ditanya siapakah mereka itu..mereka itu adalah orang didunia melupakan zikir-Allah dan rasulnya, melupakan masjid. Melupakan majlis2 ilmu, melupakan solat jemaah.
Allah maha melihat. Allah memerhatikan alam kepada semua kejadian ..Allah melihat dengan tajam dan mengetahui manusia akan perlakuan amal dan perlakuan maksiat. Allah memandang segalanya hatta apa yang diniatkan dan dirasakan oleh hati. Semua nya kejadian burung binatang ikan semut tumbuhan dan hujan semuanya dalam pengetahuan Allah.Rahmat Allah amat luas; maka semasa manusia dijadikan..malaikat menanyakan adakah Allah menjadikan manusia untuk merosakkan diri mereka dan merosakkan ala.. Allah menjawab Aku tahu apa yang kau tidak ketahui.
Sheikh menerangkan tentang "sanad" iaitu yang disandarkan. Ia adalah sunat rasullulah yang tertinggi. Kalau tidak ada sanad..tidak ada alquran dan sunnah yang sampai kepada kita dan hadis2 Kan diubah2. Para ulama pernah ditanya kenapa rumah2 mereka terlalu biasa, dijawab ulama biarlah rumah kami kosong asalkan sanad kami sampai pada rasullulah. Jadilah kita oranag yang menjaga agamanya menjaga amalnya menjaga solatnya dan sandarkan segala perbuatan perkataan dan amalan kita kepada Alquran dan hadis...ayat alquran Alif lam min.....laraibafi.. (tidak ada keraguan)...perhatikan bagaimana mengubah kitab Injil kepada 66 jenis. Al quran dgn berkat sanad terpelihara. Al quran itu dihimpunkan dan di hafal oleh beribu2 hafiz/zah dan dibukukan dan ditazjdidkan disemak

No comments:

Post a Comment