fish
Saturday, 13 April 2013
Kuliah Subuh 14 April '13- "ISTIGFAR LAH" Utz Shazly Abdullah
Hadis ibn umar"dibena agama islam atas 5 perkara-1)Shahadat, 2)dirikan solat, 3) keluarkan zakat, 4) Puasa dibulan Ramadan 5) Tunaikan haji dan . Tujuan dijadikan manusia untuk mengenal Allah. Nabi beri tahu untuk kenal Allah dengan mengamalkan rukun islam. 1)Shahadat-Menyaksikam Allah dengan Rasul -dengan hati-bagaimanakah caranya-ia itu dengan"Tazakara"-membersihkan roh dan hatinya-melalui istigfar.Mohon ampun adalah syarat untuk dapatkan keikhlasan -Syarat penerimaan ibadat "istigfar syarat utama utk membersihkan hati. Perlu sekurang-kurangnya 70x sehari. Insyallah, Allah tak akan jatuhkan bala selagi dia beristigfar bersungguh2. Bala yang paling takut besar ialah mati dalam tidak beriman. Allah berfirman jika dalm sihat & lapang tapi kita masih degil untuk mengingati Allah -Aku akan datangkan ujian dan bala. (2) Firman Allah "istigfarlah-mohon ampun-nascaya Allah akan jauhkan kemarau. Takutlah jasad hidup tapi roh kita mati dgn istgfar.(3)- Juga dengan istigfar Allah akan beri rezeki &harta yg berkat dan tidak melalaikan (4) dengan perbanyak Istigfar-Allah akan berikan zuriat yg soleh & suami/ Isteri yg solehah. Nas dari al quran -Wajib utk istigfar dan doa minta keampunan Allah- Allah boleh menukar anak yg degil dan lalai kepada yg soleh dengan mudah. Anak adalah satu ujian-anda kena lulus dgn didikan dengan perpanyak istigfar.Nikmat Allah amat luas dan berlimpah- ayat2 AlQuran dan hadis sebut"air dari sungai2"- iaitu ilmu-ilmu dari Allah-terutama ilmu ketuhanan dan mengenal Allah. Allah akan hidupkan roh. Tekanlah suis dengan istigfar &minta Allah mengajar, melindung kita. Istigfar adalah mukadimah penghujungnya penyaksian kpd Allah dan rasul sebelum kita mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment