Bak,
Oh betapa pantasnya masa berlalu
Tak terasa begitu cepatnya ia pergi
Masih teringat-ingat dan terbayang-bayang wajahmu
berehat, berzikir di serembi rumah diwaktu pagi
dan rutin menyiram pokok selepas sarapan
lalu menyandar dikerusi tidur sejenak didepan TV selepas makan
Oh betapa bermakna dan banyaknya pengisian masa
Tak teruja jiwa, naluri membentuk raga
dibawah tatangan mu ayahanda
Apa juga jasad dan persis kami pasti ada kesamaan
bak kata pepatah tak mana jatuhnya kuah kalau tidak kenasi..Kan!
Bak
Aku bersyukur, dari didikan dan kecekalan mu
Dalam pendirian agama ketegasanmu
Ijtihad solat yang selalu diutamakan,
Menganjar Al Quran harian kau pastikan,
Kelancaran bacaan digesa, kegagalan perlu diulangkan
Bahkan,semarak gigihmu sama jua dalam ilmiah
Maka terdidiklah kami semuanya
Dapat menerpa neraca dan meneruskan kerjaya,
Berumahtangga dan membangun keluarga
Bak
Dalam kepayahan mu dulu
Masa kami masih anak-anak yang nakal & selalu meminta
Tak terbayang bagaimana bisa bak & mak mengharunginya
Kami tendengar kisahnya dan mengerti keperitannya
Namun kegigihan mu dan kesabaran bak mak menempuhnya
Hinggalah kami dewasa dan sedikit selesa
Membesar sempurna, berupaya & bertenaga
Bibit-bibit kebahagian dah pun dikecap dan dirasa
Pengorbanan dan jasa mak & bak nilainya tak terhingga
Menjadi sejarah ingatan yang tak mudah dilupa
Bak
Susur atur kerja mu satu kebiasaan
Hatta pada ibadat untuk bekalan dan pesanan mu dalam kurang ingatan
Kami gerti, betapa minatmu dikebun dan kegigihanmu membawa keberhasilan
Walaupun tak bermewah, tekad mu menyempurnakan peninggalan
Didikan, nasihat dan teguran berarusan
Bahkan pantasnya pertolongan hayat mu jika diperlukan,
Tabung BKHAK, tanah dusun, sawit dan duit simpanan pusaka peninggalan
Sehingga kami anak cucu semua dapat merasakan
Terima Kasih Bak,
Doa ku semuga mak bak diampun dan sentiasa di rahmati Allah
Pasti akan kami usahakan yang terbaik, Insyallah
Al Fatihah
6 hb April 2013
No comments:
Post a Comment