fish

Friday, 16 May 2014

Kuliah subuh 170514 Dr Prof Habib MatSom-bahaya menurut hawa nafsu

Allah berfirman: "perhatikan org yg mengikut hawa nafsu sebagai tuhannya, Allah akan menyesatkannya kerana Allah tahu dalam hatinya. Kata sahabat nabi- Ibn Abbas-menurut hawa nafsu dan tak menurut kitab & perintah Allah seolah2   menghambakan diri kita kepada hawa nafsu. Orang yg mengikut hawa nafsu-duit, harta, kuasa, bermegah2, wanita, hiburan- dia sebenarnya sentiasa berlumba2 tanpa henti tanpa sedar dan mengambil syaitan sebagai pengadilnya. Kehidupan kita hari ini, telah bertukar dengan sentiasa berlumba2 semata2 untuk duniawi..didunia barat dan jepun keadaan harian yg berebut2 dan berlumba2 seharian. Sesiapa yg menjadikan hawa nafsunya sebagai ikutan dia menjadikan nafsu sebagai tuhannya.. "Ya Allah aku minta  jauhi dari mengikuti hawa nafsu". Segala maksiat berpunca dari hawa nafsu. Imam Ghazali berkata "maksiat itu dari hawa nafsu dan dia akan menghantar kamu ke api neraka.". Syaitan sentisa mengula2kan manusia untuk membudak2kan kita menaiki kenderaan maksiat iaitu untuk dibawa keneraka. Kenderaan iman adalah Taqwa akan membawa kita kesyurga. Kata imam ghazali Jika datang 2 perkara untuk kamu pilih dan kau tahu mana yang nak pilih; tinggalkan yang mana dekat dengan hawa nafsu.
Para ulama memandu kita mengenal-sifat nafsu itu 1) bersenang2  2) bermalas2  3) bertangguh2 . Kedudukan nafsu itu jahat  kata Luqman Al Hakim kepada anaknya "hai anak ku setiap manusia itu ada hawa nafsu-ia bersembunyi seperti api didalam batu tetapi ia menyala kalau ada yang mengosoknya (menghasutnya) dan ia akan membakar kita." Ingatlah pesanan rasul dan para ulama kita.

No comments:

Post a Comment