Apa nikmat yg Allah berikan kepada kita pasti kita tak mampu menghitungnya. Kemuncak nikmat pada kita adalah Islam dan iIman. Soalnya adakah kita memahami dan menghayati iman dan islam dalam diri kita. Kita dituntut berjihad menentang nafsu dan syaitan dalam diri kita. "Sesiapa yg mendustai ayat2 kami dan tidak patuh kerana mereka sombong". Orang sombong itu adalah mereka yang tidak boleh menerima kebenaran.Kita sepatutnya punyai sifat tawaduk-sifat rasululah dan sahabat2 baginda. Sebagai umat rasul kita sepatutnya mengikut sifat nabi. Selain dari itu kita dituntut istiqamah dalam perkara kebaikan dan berlemah lembut dgn manusia. Sahabat2 nabi hatinya lembut-sering insaf dan takut melakukan maksiat, perkara yg dimurkai Allah. Kita perlu punyai akidah=ikatan yang padu dengan Allah. 2 perkara yang memuliakan kita adalah hubungan kita dgn Allah dan hubungan kita dgn manusia. Ikatan sesama manusia adalah ibarat jauhi melakui perkara yg kita tak suka dilakukan begitu juga orang lain dan lakui perkara baik yg kita suka kepada orang lain. Tidak sempurna iman kita selagi kita tak sayangi mereka seperti diri kita. Antara kita dan saudara kita umpama satu jasad. Sebahagiannya sakit seluruh badan pun akan rasa sakit. Hubungan kita dengan Allah..melakui perkara yg diredaai Allah. Sentiasalah ingat pahala amalan kita tidak setimpal syurga Allah. Mulia kita kerana islam dan iman. Rasululah beramalan amat lama sedangkan baginda maksum sebab ingin bersyukur atas nikmat Allah. Sesiapa yg menentang apa yg dibawa oleh rasululah sedangkan ia petunjuk maka Allah akan melorongkannya ke neraka jahanam. Bagi kita yang banyak dosa-kita perlu bertaubat dgn penyesalan bersungguh2. Tinggalkan dosa dan lakukan amalan solat sedekah zikir an amalan yg sempurna. Kita suka dan cinta pada Allah dan rasululah adalah lakukan apa yg Allah dan rasul suka. Jangan tinggalkan amalan yg wajib dan tambahkan yg sunat. Saranan ulama bagi yg kurang kekuatan untuk kita dapat kekuatan amalan ibadat malam..bangun 1 jam sebelum subuh siapkan diri dan solat tahajud. Rasululah tak pernah tinggal tahajud. Orang mukmin itu bersaudara-kasihlah mereka.
No comments:
Post a Comment