fish

Saturday, 10 May 2014

Kuliah subuh MJAR Utz Syukor

Negara yg dipenuhi keamanan dan ketenangan dan dirahmati Allah-kata dr Yusof Qardawi-bergantung kepada penduduknya-pemerintah, ulama, rakyatnya mestilah selari ta at kepada Allah. Allah janji akan turunkan rahmat dan rezeki dari langit dan bumi.Contohnya ibarat kerja yang kita buat dalam solat jemaah-imamnya, bilalnya, jemaah hampir dgn imam dll. Seiring sujud rukuk. Ayat alquran "berlakukan kerosakan didaratan atau lautan hasil dari kerja buruk manusia.
Dalam islam setiap individu adalah pemimpin dalam tahap kedudukannya.-diri, keluarga, adek beradek, kawan2 dan komuniti mengajak kepada ketaatan kpd Allah dan mencegah kemungkaran.Islam itu tinggi-kita semestinya juga tinggi akhlaknya. Jika kita menolong agama Allah ; Allah akan menolong kita. Allah mengiktiraf sesaorang ulama atau sesaorang itu kerana  ilmunya. Orang yg paling hampir kepada Nabi dan lebih mulia dari para suhada adalah ulama. Ulama muktabar amat takut dan taat kepada Allah.Allah memuji dan memuliakan ulama. Jika kita bukan ulama hendaklah kita mengikuti ulama. Ulama itu mulia disisi Allah sebab mereka mengambil alih kerja nabi dan rasul Allah. Tetapi Allah memberi peringatan tegas kpd ulama supaya jangan jadi ulama yahudi-ulama jahat -yang menyembunyikan ;yang tidak menegakkan dan meyalahi tuntutan Allah seperti ulama yg boleh dibeli. Firman Allah "tiada perkataan yang lebih baik disisi Allah melainkan yang mengajak kepada ketaatan kpd Allah?. Sampaikan dan berdakwahlah-semada dengan perkataan .tulisan atau akhlak. Dakwah itu jihad. Doa "ya Allah Kau perangi antara yg zalim dan yg zalim . Sabda rasul 'jadilah kamu saorang penyampai /pendakwah dan janganlah jadi saorang penghukum. Sayangilah diri , keluarga dan rakan taulan komuniti dengan mengajak mereka kepada kabaikan dan ketaatan kepada Allah. Insyallah Allah akan sayangi kamu.

No comments:

Post a Comment